10 Keluarga Miskin DUN Kota Putera Terima Rumah Percuma

By kirthiga

Hasrat 10 keluarga miskin untuk memiliki rumah kediaman sendiri akhirnya terlaksana  apabila mereka menerima kunci rumah untuk mendiaminya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Alur Lintang, Besut hari ini.

Mereka yang sebelum ini tidak mempunyai rumah kediaman dan terpaksa tinggal bersama keluarga dan ada yang menyewa sejak berpuluh tahun menyifatkan mereka bertuah kerana dipilih pihak terbabit untuk menerima rumah berkenaan.

Satu majlis penyerahan anak kunci rumah kepada peserta yang terpilih disempurnakan oleh ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa.

Projek kediaman berkelompok untuk golongan miskin itu adalah yang pertama di laksanakan di DUN Kota Putera dan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai rumah kediaman tinggal di situ.

Rumah tiga bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan elektrik, air dan jalan raya.

Mohd Mahdi berkata, projek pembinaan rumah PPRT itu dan kini dikenali dengan Taman Ehsan berlainan dengan tempat lain kerana setiap peserta dikehendaki menyertai projek pertanian bersepadu dengan menanam lada sebagai sumber pendapatan sampingan.

Katanya, menerusi program itu peserta akan disediakan dengan dua fetergasi yang disediakan oleh Jabatan Pertanian.

“Semua peserta yang tinggal di rumah berkenaan diwajibkan menyertai projek pertanian terutama lada dan mereka akan di pantau oleh kakitangan Jabatan Pertanian,” katanya.

Mohd Mahdi berkata, selain 10 rumah yang sudah dibina, pada tahun ini 30 rumah lagi akan dibina di kawasan sama untuk diagihkan kepada golongan miskin yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram