10 Keluarga Miskin Terima Rumah Percuma

By kirthiga

Kerajaan negeri membina sejumlah 10 unit rumah teres Projek Perumahan Rak­yat Termiskin (PPRT) yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas secara percuma kepada rakyat miskin dianggarkan bernilai kira-kira RM40,000 seunit.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata projek di bawah agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB) itu, menjadikanTerengganu satu-satunya negeri yang melaksanakan konsep rumah teres PPRT secara percuma kepada orang miskin untuk membantu golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

“Kerajaan negeri memperuntukan lebih RM500,000 untuk membina 10 rumah PPRT berkenaan termasuk kerja penambakan tanah. Setiap rumah mempunyai tiga bilik tidur, dapur dan dua bilik mandi yang selesa di diami bersama keluarga.” Katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Kunci Rumah PPRT kepada 10 penerima di Kampung Bukit Ara, Hulu Terengganu, semalam.

Wan Norzaimah Wan Muhamad, 39 dari Kampung Tok Randok berkata beliau yang mempunyai enam orang anak dan tiga daripadanya Orang Kurang Upaya (OKU) merasa terharu bila di tawarkan rumah tersebut.

“Rumah PPRT yang saya dapat ini tidak perlu bayar, cuma bil elektrik dan air sahaja. Tentunya saya gembira apabila nama dipilih sebagai penerima kerana saya tahu ramai yang inginkan rumah. Saya sekarang tidak berfikir tentang sewa lagi dan boleh menggunakan bantuan MAIDAM untuk rawatan salah seorang anak OKU saya yang mempunyai penyakit kronik” katanya.

Seorang lagi penerima Safree Salleh,46  bersama isterinya Siti Salwani Ali, 36 daripada Kampung Bukit Diman merasa teruja untuk berpindah ke rumah PPRT selepas mendapat kunci kerana impian untuk memperolehi rumah akhirnya tercapai.

Beliau yang mempunyai dua orang anak bekerja di kilang papan hanya berpendapatan RM700 sebulan sebelum ini menyewa selama lapan tahun turut mengucapkan perhargaan kepada wakil rakyat dan semua pihak yang menawarkan rumah PPRT ini dan membantu mengurangkan beban yang di tanggung selama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram