10 Ribu Pengunjung Serbu Hari Pertama Beautiful Terengganu

By kirthiga

Kira-kira 10,000 penduduk dalam dan luar Johor yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi Program Beautiful Terengganu, di perkarangan pusat beli-belah Angsana, Johor Bahru pada hari pertama penganjuran program penjelajahan itu.

Rata-rata mereka memuji pendekatan Kerajaan Terengganu yang mengmbil inisiatif menganjurkan program seumpama itu sehingga ke Johor Bahru, berikutan pelbagai manfaat dapat diperolehi sepanjang festival berkenaan.

Antaranya, memberi peluang masyakat luar untuk melihat, merasai, mengalami sendiri keunikan pelbagai produk dan memahami keunikan budaya Terengganu secara dekat.

Malah, acara sebegitu juga menjadi platform bagi mewujudkan peluang dan jalinan perniagaan di kalangan pengusaha dan pengedar dari luar Terengganu, termasuk Singapura.

Pengunjung dari Kuala Lumpur, Nalique Hazzwan Zinol, 31, berkata dia ke Program Beautiful Terengganu semata-mata mahu mendapatkan makanan tradisional, terutama ketupat sotong.

Katanya, apabila ke Terengganu makanan yang paling dicari adalah ketupat sotong memandangkan makanan tradisi Terengganu itu menjadi kegemarannya sejak pertama kali mengunjungi negeri itu ketika masih belajar di sekolah menengah lagi.

“Apabila mengetahui `Terengganu’ mahu ke Johor Bahru, hari pertama program saya sudah datang, bagi melihat sendiri apa tarikan yang ada. Bukan sahaja makanan dan produk batik malah sektor pelancongan pun ada.

“Paling menarik, pameran booth Tasik Kenyir yang dilengkapi replika gua, sungai, jejantas, hutan paya bakau dan menggambarkan suasana sebenar pusat pelancongan terkemuka yang  pernah saya kunjungi dulu,” katanya.

Pengunjungi tempatan, Roslina Mohd Yusoff, 35 dari Johor Bahru, berkata dia gembira kerana Kerajaan Terengganu memilih negeri itu sebagai lokasi  mempromosi produk pelancongan negeri secara besar-besaran.

Katanya, dia percaya langkah berkenaan berupaya membantu Terengganu untuk melonjak namanya di persada antarabangsa khususnya dalam sektor pelancongan.

“Penduduk Singapura suka datang Johor, terutama pada hari Jumaat, juga hari minggu di negara itu (Ahad). Langkah ini pilihan tepat untuk tarik rakyat negara jiran itu untuk ke Terenggau

“Langkah Kerajaan Terengganu sewajarnya diikuti negeri lain, membawa produk yang ada keluar dari negeri sendiri untuk menemui pelancong secara lebih dekat sambil menikmati kelebihan yang ada,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram