Month: February 2016

10 Keluarga Miskin Terima Rumah Percuma

Kerajaan negeri membina sejumlah 10 unit rumah teres Projek Perumahan Rak­yat Termiskin (PPRT) yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas secara percuma kepada rakyat miskin dianggarkan bernilai kira-kira RM40,000 seunit. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains,Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata projek di bawah agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB) itu, menjadikanTerengganu satu-satunya negeri yang melaksanakan konsep rumah teres …

10 Keluarga Miskin Terima Rumah Percuma Read More »

Husam Berdepan Tindakan Dipecat Kerana Kritik Parti – Presiden PAS

Bekas Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berdepan tindakan digantung atau dipecat daripada parti itu berikutan tindakannya mencabar dan mengkritik PAS. Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti supaya memanggil ADUN Salor itu dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu. “Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. …

Husam Berdepan Tindakan Dipecat Kerana Kritik Parti – Presiden PAS Read More »

Pusat Tingkatan Enam Beroperasi April Ini

Sekolah berpusat tingkatan enam atau lebih dikenali Pusat Tingkatan Enam (PTE) Mod 1 yang akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Berang dijangka akan beroperasi pada April ini. Pengerusi Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan membelanjakan lebih RM20juta bagi mewujudkan sekolah berpusat Mod 1 tersebut yang hanya akan menempatkan …

Pusat Tingkatan Enam Beroperasi April Ini Read More »

Terengganu Buka Kelas Tarannum Lahir Qari, Qariah

Yayasan Islam Terengganu akan membuka kelas tarannum dalam tempoh terdekat sebagai usaha melahirkan lebih ramai qari dan qariah di Terengganu. Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Dato’ Alias Abdullah, berkata kelas tarannum  yang menekankan  aspek hukum-hukum tajwid, tafsir dan sifat dan peranan taranum akan ditempatkan di bangunan yayasan itu. Katanya, kemungkinan akan diperluaskan di daerah lain  sekiranya …

Terengganu Buka Kelas Tarannum Lahir Qari, Qariah Read More »

Pensyarah, Penyelidik UMT Perlu Bersama Masyarakat-Naib Canselor

Penyelidik dan pensyarah Universiti Malaysia Terengganu diminta  terus menonjolkan diri bersama masyarakat, selain lebih bermotivasi  dalam menghasilkan bahan penyelidikan sama ada  melalui penulisan atau penerbitan. Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar, berkata golongan itu juga perlu menjadikan pengkongsian ilmu  bersama masyarakat luar sebagai budaya dan amalan. Katanya, dengan cara itu, secara tidak langsung boleh …

Pensyarah, Penyelidik UMT Perlu Bersama Masyarakat-Naib Canselor Read More »

Pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu Menang Anugerah Antarabangsa

Sekolah Menengah (SM) Imtiaz YT Kuala Terengganu mengharumkan nama negara pada pertandingan Rekacipta dan Inovasi yang diadakan di Thailand dan Taiwan, baru-baru ini. Pengetua SM Imtiaz YT Kuala Terengganu, Mohd Yusoff Osman berkata, sekolah itu yang mempertaruhkan produk ciptaan ‘Dr Duster With Green Cleaner’ berjaya memenangi pingat emas dan anugerah khas pada pertandingan Bangkok International  …

Pelajar SM Imtiaz Kuala Terengganu Menang Anugerah Antarabangsa Read More »

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu Terima Kemasukan Mei Ini

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) kelima yang terletak di Gong Badak, Kuala Nerus akan memulakan operasi selewat-lewatnya Mei ini. Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia, Datin Noor Halina Mohd Noor berkata Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)  sudah siap sepenuhnya untuk fasa pertama dengan kos keseluruhan RM32 juta. Beliau berkata, perancangan bagi memulakan …

Sekolah Sukan Malaysia Terengganu Terima Kemasukan Mei Ini Read More »

Dapo Pata Sasar 48 Kontena, Bantu Usahawan Muda

Dapo Pata yang terletak di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus merupakan tapak bazar niaga berkontena tepi pantai pertama di Malaysia. Berkonsepkan santai, ianya menjadi tumpuan kepada pengunjung tanpa mengira peringkat umur. Walaupun baru dibuka pada 12 Februari lalu, sambutan pengunjung yang begitu menggalakkan memeranjatkan pengusahanya. Dengan 1.6 hektar kawasan yang baru digunakan untuk fasa pertama …

Dapo Pata Sasar 48 Kontena, Bantu Usahawan Muda Read More »

YT Kurangkan 40 Peratus Perbelanjaan Pengurusan

Yayasan Terengganu (YT) mengurangkan 40 peratus perbelanjaan pengurusan sebagai menyahut seruan kerajaan mengamalkan langkah penjimatan ekoran kejatuhan harga minyak dunia yang memberi impak kepada ekonomi. Pengarah YT, Mohamad Sulong berkata, pengurangan sebanyak RM12 juta daripada bajet pengurusan RM30 juta setahun itu tidak akan menjejaskan bantuan kewangan yang disalurkan kepada pelajar di negeri ini. “Pelajar khususnya …

YT Kurangkan 40 Peratus Perbelanjaan Pengurusan Read More »

Terengganu Mahu Tubuh Sekolah Rendah Imtiaz

Kerajaaan negeri mahu mewujudkan Sekolah Rendah Imtiaz dalam tempoh terdekat dengan menumpang mana-mana sekolah rendah yang mempunyai lebihan kelas. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia sudah meminta Yayasan Terengganu mengenalpasti mana-mana sekolah sekitar Kuala Nerus bagi merealisasikan hasrat itu. Katanya, permintaan ibu bapa terlalu tinggi yang mahu anak masing-masing belajar di …

Terengganu Mahu Tubuh Sekolah Rendah Imtiaz Read More »