Kurang Aktiviti Luar Elak Strok Haba

Jabatan kerajaan terutama agensi yang kerap terlibat dengan aktiviti luar disarankan menangguh atau mengelak berbuat demikian ekoran fenomena Ekuinoks yang dijangka berlaku pada 22 dan 23 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, setakat ini pihaknya tidak mengeluarkan sebarang pekeliling bagi melarang  perkara tersebut, memadai dikeluarkan kementerian tertentu termasuk Kementerian Kesihatan dan Jabatan Meteorologi Malaysia dari semasa ke semasa.

“Saya berharap mana-mana pihak mengambil iktibar dengan kes kematian seorang pelatih polis akibat strok haba, baru-baru ini.

“Oleh itu kita perlu mempertingkatkan langkah-langkah awal dalam menghadapi cuaca panas yang melanda negara sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesukarelawan IM4U Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) di Kampung Mangkok, Setiu petang kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Puspanita Kebangsaan Puan Sri Datuk Rohani Abdullah yang juga isteri kepada KSN; Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Osman Muda bersama isteri To’ Puan Aizan Ngah yang juga Pengerusi Puspanita Cawangan Terengganu serta lebih 500 perwakilan PUSPANITA dari seluruh negara.

Ali yang juga Penasihat Puspanita Kebangsaan memberitahu elemen perpaduan dan semangat kesukarelawan perlu dipupuk agar keseimbangan sesebuah masyarakat yang harmoni dan muhibah dapat dicapai dengan adanya penyertaan daripada golongan belia.

Katanya, sesebuah komuniti tidak dapat membangun atau menjadi progresif sekiranya golongan belia di dalam komuniti itu lemah jati diri dan ilmu pengetahuan.

“Pihak kami memuji usaha yang dilakukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan membabitkan belia dalam program Kampungku Masa Depanku di Kampung Durian Telur, Hulu Besut yang berjaya membangunkan kampung itu melalui tenaga belia.

“Usaha menggalakkan golongan belia untuk terus tinggal di kampung dengan membangunkan aktiviti pertanian patut dicontohi dan diperbanyakkan dengan membabitkan lebih ramai golongan belia di tempat-tempat lain,” katanya.

Hutang Kerajaan Negeri Kepada Kerajaan Pusat RM16.8 Bilion

Jumlah hutang kerajaan-kerajaan negeri yang masih belum dijelaskan kepada Kerajaan Pusat adalah sebanyak RM16.8 bilion, setakat 31 Disember tahun lepas.

Kementerian Kewangan di dalam jawapan bertulis menjelaskan Kerajaan Negeri Pahang merekodkan jumlah hutang tertinggi iaitu sebanyak RM2,922.98 juta.

Ini diikuti Sabah (RM2,608.46 juta); Sarawak (RM2,531.25 juta); Kedah (RM2,283.30 juta); Kelantan (RM1,342.41 juta); Selangor (RM1,032.82 juta) Melaka (RM950.97 juta); Negeri Sembilan (RM942.76 juta); Terengganu (RM909.48 juta); dan Perak (RM608.63).

Manakala negeri yang mencatatkan jumlah hutang rendah adalah Pulau Pinang sebanyak RM69.36 juta, diikuti Johor (RM249.01 juta) dan Perlis (RM373.17 juta).

Pinjaman kepada Kerajaan-kerajaan Negeri diberi bagi tujuan membiayai projek kemudahan asas untuk faedah rakyat seperti projek bekalan air, perumahan awam kos rendah (PAKR), industri dan pelbagai projek lain.

“Projek-projek ini merupakan usaha kerajaan yang berterusan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,” menurut kementerian itu.

Pemuda UMNO Kemaman Sokong Ahmad Razif

Pergerakan Pemuda UMNO Kemaman menyatakan taat setia serta sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk terus me­mimpin negeri ini.

Ketuanya, Ahmad Fikry Ibrahim berkata, tindakan ADUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar di Sidang DUN semalam adalah bersifat peribadi.

“Kami berdiri teguh menyokong kepimpinan Ahmad Razif. Apa yang dinyatakan ADUN Kijal bersifat pendirian peribadi dan bukan menggambarkan pendirian keseluruhan UMNO Bahagian Kemaman,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di Sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, tindakan ADUN Kijal itu adalah diluar jangka kerana tidak ada desas desus akan membuat perkara sedemikian sebelum ini.

“Kita tidak jangka perkara sebegini berlaku, walau bagaimanapun Pergerakan Pemuda UMNO Kemaman tetap akan terus bagi sokongan Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri,” ujarnya.

15 ADUN BN Sokong Kepimpinan Ahmad Razif

Semua 15 ADUN Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan jitu dan padu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Perkara itu dizahirkan ADUN Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dalam satu sidang media bersama semua ADUN berkenaan selepas Persidangan DUN Terengganu, hari ini.

“Kami menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sebagai kepimpinan tertinggi di Negeri Terengganu.

“Ianya tanpa apa-apa cabaran , tanpa apa-apa perasaan berbelah bahagi demi untuk memajukan negeri dan negara tercinta ini,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, BN yang dipimpin Dato’ Seri Ahmad Said pada ketika itu menang tipis 17 kerusi DUN daripada 32 kerusi.

PAS menang 14 dan PKR hanya 1 kerusi.

Terserah Kepada MT UMNO Tentukan Kedudukan Ahmad Said – Razif

“Terserah kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO sama ada mahu mengambil  tindakan terhadap ADUN Kijal atau sebalikya.

“Sekiranya MT mahu mendapatkan laporan, kita bersedia bila-bila masa untuk berbuat demikian,” kata Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Beliau berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas mengenai tindakan ADUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said yang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.

Sementara itu di peringkat negeri katanya, beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan dan tidak akan ada sebarang perjumpaan dengan ADUN Kijal.

“Bukan tugas saya untuk membuat laporan kepada Presiden UMNO walaupun ramai pihak menganggapnya perlu,” katanya.

Ahmad Razif  memberitahu, beliau percaya semua barisan Exco Kerajaan Negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional setia bersamanya.

Katanya, mereka tanpa disuruh telah menandatangani surat penjanjian dan berikrar sebagai sokongan untuk terus bersama-samanya membela nasib rakyat.

Sebagai Menteri Besar, belau yakin mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak kritikal.

“Apa yang penting perlu ada solidariti termasuk bersama pihak pembangkang. Kepetingan kita sekarang ini adalah rakyat, memikirkan bagaimana kaedah  meningkatkan pendapatan rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.

“Saya sebagai Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab itu dan perlu berkerja sehingga titisan terakhir untuk mahu memastikan rakyat terus terbela,” katanya.

Sidang DUN : Terengganu Sedia RM2.5 Juta Pinjaman Perniagaan Secara Online

Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM2.5 juta sebagai dana pinjaman galakan perniagaan atas talian sebagaimana pengumuman dalam Bajet 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud berkata, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan negeri dalam membantu dan meningkatkan pendapatan usahawan ‘online’ (atas talian).

“Dalam membantu meningkatkan jualan usahawan atas talian ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu turut bekerjasama dengan pihak MARA merancang dua karnival jualan dikenali sebagai V-Fest pada tahun ini,” ujarnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Mohd Mahdi Musa (BN-Kota Putera).

Sementara itu Roslee berkata, Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengadakan kempen galakan pendaftaran perniagaan atas talian dengan sasaran seramai 300 usahawan atas talian tahun ini.

“Selain itu, kerajaan negeri dengan kerjasama YPU telah mewujudkan portal e-dagang dikenali sebagai Payang.my yang menawarkan perkhidmatan jualan dan pemasaran produk atas talian secara percuma untuk usahawan tempatan,” ujarnya.

Usahawan Terengganu Disaran Lebih Aktif Pasar Produk Atas Talian

Usahawan Terengganu khususnya belia disarankan lebih aktif memasarkan produk mereka secara atas talian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud berkata, adalah penting bagi usahawan muda untuk meningkatkan perniagaan termasuk menembusi pasaran baharu.

“Dengan adanya sistem atas talian, ianya dapat membantu usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan secara lebih pantas dalam pasaran global berbanding perniagaan konvensional.

“Namun demikian diingatkan agar usahawan-usahawan ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya tidak menimbul masalah kelak,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Laman Web Rasmi Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Marzuki Endut dan Pengarah SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu, Muhammad Ibrahim.

Dalam pada itu, Roslee turut mengajak agar usahawan-usahawan di Terengganu lebih memanfaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Katanya, kerajaan telah menyediakan platform kepada usahawan-usahawan di negeri untuk memasarkan produk mereka namun ianya tidak digunakan oleh mereka.

“Kita menyediakan ruang kepada peniaga Terengganu untuk memasarkan produk mereka seperti Payang.my namun masih ramai yang tidak menyedari kewujudannya.

“Sistem ini diwujudkan kepada peniaga secara percuma kepada peniaga dan mereka seharusnya lebih peka terhadap kemudahan yang disediakan bagi meluaskan lagi perniagaan,” katanya.

STPM 2015 : Terengganu Kekal Kedudukan Terbaik Kebangsaan

Terengganu mengekalkan kecemerlangan dalam Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) 2015 dengan kedudukan pertama peringkat kebangsaaan yang diumumkan hari ini.

Kejayaan yang diumumkan itu adalah untuk dua kali berturut-turut dengan beberapa pencapaian luar biasa yang dicatatkan pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, berkata keputusan STPM 2015  amat membanggakan apabila sebanyak 31 sekolah berjaya mencapai minima (min) Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) lebih daripada 2.80 ke atas berbanding 22 sekolah pada tahun sebelumnya.

Katanya, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Jertih yang memperoleh min PNGK 3.18; Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin (3.15); SMK Bukit Payong, Besut (3.12); SMK Durian Mas, Dungun (3.11); SMK Padang Midin, Kuala Terengganu (3.10); SMA Maarif , Besut (3.05) dan SMK Tengku Bariah dengan pencapaian PNGK 3.04.

“Selain itu, jumlah pelajar yang mendapat 4A juga meningkat daripada 12 pelajar tahun lalu kepada 15 orang tahun ini.

“Sebilangan mereka adalah, Nur Shuhada Shaari dari (SMK Tengkun Mahmud), Siti Sarah Mat Salleh (SMK Tengku Mahmud), Wan Marian Wan Mahmud dan Siti Najihah Aziz  masing-masing dari SMK Nasiruddin Shah serta Mohd Hafiq Hakim Zukiman dari SMK Putra,” katanya.

Beliau kepada demikian  pada Majlis Pengumuman STPM 2015, di Pejabat Jabatan Pelajaran Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, prestasi pelajar tahun ini amat cemerlang kerana Terengganu berjaya mencapai Minima PNGK 2.86 bagi 2015 berbanding Min PNGK 2.65 yang ditetapkan di peringkat nasional.

“Ia bukan saja mengekalkan Terengganu pada kedudukan terbaik kebangsaan malah menjarakkan pencapaian Minima PNGK negeri lain,” katanya