Month: April 2016

Kawasan Setiu Wetland Diperluas

Tanah Bencah Setiu atau dikenali sebagai Setiu Wetland akan diperluaskan kawasannya sehingga ke Merang, Setiu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata buat masa sekarang keluasan Setiu Wetland adalah seluas 400 hektar bermula dari Kuala Setiu ke cabang Sungai Penarik. Beliau berkata, bagi menyelenggara kawasan tersebut, peruntukan daripada kerajaan negeri dan …

Kawasan Setiu Wetland Diperluas Read More »

Termakan Fitnah Pembangkang, 3,954 Tutup Akaun, 3,105 Batal Pergi Haji

Gara-gara termakan fitnah pembangkang kononya Tabung Haji (TH) tidak ada duit menyebabkan ramai pendeposit telah mengambil langkah yang salah baru-baru ini. Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Asyraf Wajidi, seramai 3,954 pendeposit TH tutup akaun mereka manakala 3,105 orang telah membatalkan pendaftaran mereka untuk pergi Haji. “Amat kecewakan kita bila TH institusi mercu tamda umat Islam …

Termakan Fitnah Pembangkang, 3,954 Tutup Akaun, 3,105 Batal Pergi Haji Read More »

JaPen Anjur Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia

Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Teregganu mempelawa orang ramai menyertai Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri yang akan diadakan Julai depan. Pengarah JaPen Terengganu, Nasrudin Mahmud berkata, mereka yang ingin menyertai pertandingan perlu menubuhkan kumpulan yang dianggotai dua hingga tiga orang yang berumur antara 18 hingga 45 tahun dan warganegara Malaysia. Katanya, acara tahunan tersebut menawarkan …

JaPen Anjur Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Read More »

Zoo Mini Tarikan Baharu Pulau Perhentian

Pulau Perhentian bakal mempunyai daya tarikan baharu apabila sebuah zoo mini dijangka memulakan operasi di pulau peranginan tersebut pada tahun depan. Pengurus Vine Seeds Holdings Sdn Bhd, Amier Abdul Wahab berkata, zoo mini itu akan dibangunkan syarikatnya dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian di Pulau Perhentian Kecil. Menurutnya, zoo mini bernilai …

Zoo Mini Tarikan Baharu Pulau Perhentian Read More »

Projek Hotel Quran : 1,528 Naskah Terjemahan Al-Quran Diagih

Projek Hotel Quran merupakan satu usaha dakwah kepada bukan Islam untuk mengenali al-Quran dengan lebih menyeluruh dan kini agihan telah dibuat ke hotel ke-10. Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu, Norhana Abdullah berkata, program bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Negeri Terengganu sehingga kini telah mengagihkan sejumlah 1,528 naskhah terjemahan al-Quran  ke 10 hotel dan resort …

Projek Hotel Quran : 1,528 Naskah Terjemahan Al-Quran Diagih Read More »

Infrastruktur Asas KTCC Siap 90 Peratus

Ahmad Razif menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang pada Majlis Empower ECER Seberang Takir & Marang dan Entrepreneur ECER Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Nerus, petang semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Infrastruktur asas yang melibatkan peruntukan RM150 juta bagi melaksanakan projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) kini siap hampir 90 peratus. …

Infrastruktur Asas KTCC Siap 90 Peratus Read More »

Klinik Kesihatan Baharu Dibina Di Pulau Perhentian Tahun Depan

Kementerian Kesihatan akan membina sebuah klinik kesihatan baharu yang lebih baik melibatkan kos pembinaan berjumlah RM20 juta di Pulau Perhentian tahun depan bagi memenuhi keperluan penduduknya yang semakin bertambah. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan tersebut. “Dalam …

Klinik Kesihatan Baharu Dibina Di Pulau Perhentian Tahun Depan Read More »

Kerajaan Negeri Sedia Buka Penempatan Untuk Bekas Penagih

Kerajaan negeri bersedia menyediakan satu kawasan penempatan berkonsepkan Felda untuk bekas penagih di negeri ini bagi memberi mereka peluang kedua untuk berubah. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, secara tidak langsung ianya membuka peluang pekerjaan kepada  golongan ini dan dapat menjadikan mereka mampu berdikari sekali gus meningkatkan taraf hidup dan ekonomi. Katanya, …

Kerajaan Negeri Sedia Buka Penempatan Untuk Bekas Penagih Read More »

Kerajaan Negeri Tawar Dr. Zakir Buka Cawangan IRF Di Terengganu

Kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik untuk membuka cawangan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) di negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau telah memberi tawaran salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir kepada Presiden IRF itu bagi membuka cawangan IRF pertama di Asia Tenggara. Ahmad Razif …

Kerajaan Negeri Tawar Dr. Zakir Buka Cawangan IRF Di Terengganu Read More »

Lebih 30,000 Orang Hadir Ceramah Dr Zakir

Ahmad Razif ketika mengiringi Dr Zakir di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi bagi mendengar ceramah pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik. Ceramah  yang bertajuk `Pentingnya Perpaduan Di Kalangan Umat Islam’ itu berjaya memikat pendengar pelbagai lapisan …

Lebih 30,000 Orang Hadir Ceramah Dr Zakir Read More »