Tarikh Perhimpunan Agung UMNO Dipinda 25-29 November

Tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan penghujung Oktober telah dipinda kepada tarikh 25 hingga 29 November depan, lapor MediaUMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut akan bermula sebagaimana biasa iaitu Taklimat Presiden pada 25 November yang kemudiannya akan diikuti oleh perasmian Perhimpunan Agung pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada keesokan harinya iaitu 26 November dan diikuti dengan persidangan perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula pada 27 November.

Bagi Perhimpunan Agung UMNO, perwakilan yang layak hadir selaras dengan Fasal 8.4 Perlembagaan UMNO adalah seperti berikut :

1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.

2. Ahli-ahli Majlis Tertinggi.

3. Wakil yang dipilih oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus (500) orang ahli dengan syarat bilangan wakil-wakil itu tidak lebih dari tujuh (7) orang dari satu Bahagian termasuk Bahagian yang Jawatankuasanya sedang digantung jika Bahagian itu boleh mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian dengan sempurna.

4. Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Pergerakan Wanita, Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Pergerakan Puteri dan Setiausaha Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagiannya. Mereka ini yang menjadi Ahli Majlis Tertinggi berhak melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Bahagian.

5. Tidak lebih daripada sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Wanita, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Pemuda dan sepuluh (10) orang wakil Pergerakan Puteri yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.

Manakala bagi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri selaras Fasal 9.2 Peraturan Pergerakan, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri hendaklah terdiri daripada :

1. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap jika mereka adalah Ketua Pergerakan Bahagian, mereka boleh melantik ganti ke Perhimpunan Agung Pergerakan masing-masing.

2 Jawatankuasa Pergerakan Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Malaysia. 

YPPM Sambut Baik Peruntukan RM2.5 Juta

 

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) menyambut baik keprihatinan kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi membantu institusi pondok di negara ini.

Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmian penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim berkata, peruntukan itu akan digunakan sebaiknya untuk memperkasa dan membantu warga pondok yang ditimpa musibah.

“Kita bersyukur dalam ijtimak kali ini, Perdana Menteri telah mengistiharkan dana atau Tabung Kasih Perdana Menteri.

“Peruntukan sebanyak RM500 ribu dimasukan ke dalam tabung ini sebagai bantuan segera, sekiranya pondok-pondok mengalami sebarang musibah seperti bencana banjir, kebakaran dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai Majlis Penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016 yang disempurnakan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Naib Canselor UMT,  Prof. Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar.Menurut beliau, daripada lebih 400 institusi pondok di negara ini, hanya 112 sahaja yang berdaftar dengan YPPM.

“Kebanyakkan pondok-pondok di negara ini tidak berdaftar. Jadi bila ditimpa musibah sangat sukar untuk disegerakan bantuan. Justeru, dengan pengumuman Perdana Menteri, kita harap dapat gunakan dana ini untuk membantu pondok-pondok yang memerlukan bantuan segera,” ujarnya.

Katanya, pengumuman peruntukan sebanyak RM2 juta dalam bentuk geran yang diisytiharkan Perdana Menteri pula akan membantu YPPM meneruskan kajian mengenai institusi pondok negara ini selain mengoperasikan semula instrumen media sosial milik YPPM.

“Dengan dana yang ada, kita akan bekerjasama dengan universiti tempatan untuk melaksanakan kajian supaya kita tahu jumlah pondok yang belum berdaftar dan sebab-sebabnya. Kita mahu bantu semua pondok tetapi kekangannya adalah disebabkan mereka tidak berdaftar,” ujarnya.

Polis Terengganu Keluar 6,297 Saman Menjelang Raya

Polis Terengganu mengeluarkan 6,297 saman membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang Ops Selamat bermula 9 hingga 29 Jun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk  Rosli Ab Rahman berkata, kesalahan yang banyak dikesan adalah gagal mematuhi had laju,memotong barisan,memotong digarisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan.