Day: July 9, 2020

Maju, Berkat, Sejahtera Pacu Dasar Inklusif Terengganu - MB

Drawbridge sebagai jambatan ikonik negeri Terengganu. Foto oleh - Abu Ubaidah

Terengganu mempunyai sejarah panjang yang mengikat akar pemikiran rakyatnya, bermula dengan penemuan Batu Bersurat yang tercatat 1303 sehingga kini.Islam menjadi rantaian sejarah yang mengikat sosiobudaya kehidupan rakyat Terengganu, termasuk memberikan pengaruh kepada pemikiran politik rakyat.Maka, menjadi tanggungjawab kerajaan yang mempunyai lebih 95 peratus rakyatnya adalah orang Melayu-Islam, untuk meraikan dan menjadikan Islam sebagai kearifan tempatan, terutama dalam membangunkan dasar pentadbiran kerajaan yang sesuai dengan kehendak dan pautan sejarah panjang negeri Darul Iman ini.Disebabkan itu, dasar dan perancangan teliti perlu dibangunkan untuk membawa Terengganu dan rakyatnya mendapat kebaikan dan kesejahteraan hidup, serta mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah SWT, sebagai mana firman-Nya :"Jikalau penduduk kota-kota beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat daripada langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya. (surah Al-A'raf, ayat 96)Terdapat tiga dasar kerajaan negeri yang dibangunkan sebagai asas untuk kemajuan Terengganu dan kesejahteraan rakyat. Tiga dasar itu terangkum dalam tiga perkataan iaitu Maju, Berkat dan Sejahtera.Maju yang ingin dicapai membabitkan tiga aspek iaitu Pembangunan Infrastruktur dan Ekonomi, Pembangunan Modal Insan dan Kelestarian Pembangunan.Sementara itu, terdapat dua aspek penting bagi dasar Berkat untuk Terengganu iaitu Prinsip Islam dan Penghayatan Takwa yang menjadi asas kepada pembangunan negeri.Dasar Sejahtera pula menekankan tiga konsep utama iaitu keselamatan, berkebajikan dan kemakmuran.Dalam usaha menjayakan dasar ini, kita memperkenalkan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 sebagai pelan pembangunan dan perancangan yang lebih holistik serta komprehensif kepada rakyat.Perkara yang lebih penting selain pembangunan dasar adalah aspek pelaksanaan dasar yang sudah digariskan itu.Sebagai contoh, dalam aspek pembangunan ekonomi dan infrastruktur, kerajaan negeri melihat serta meneliti projek yang boleh menjadi pembawa perubahan dan pemangkin kepada ekonomi rakyat serta negeri.Oleh itu, kerajaan negeri meneruskan Projek Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) membabitkan pembangunan di Muara Sungai Terengganu bagi mengembangkan sektor ekonomi dan pelancongan.Pembangunan membabitkan anggaran 72.8 hektar di muara utara dan selatan Sungai Terengganu ini sedang rancak berjalan.Begitu juga dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf infrastruktur pengangkutan melalui Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu dengan jajaran sepanjang 250 kilometer (km).Kita menjangka sebanyak 23,000 peluang pekerjaan akan disediakan melalui pembinaan dan pembangunan menyeluruh di sepanjang ECRL.Pada masa sama, pembangunan modal insan harus digerakkan secara bersama dengan pembangunan fizikal negeri.Jadi, pendidikan menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam membangunkan sistem pendidikan formal bermula daripada prasekolah, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) sehinggalah penubuhan Kolej Universiti Quran Terengganu.Penumpuan juga diberikan kepada pendidikan kemahiran berasaskan Pendidikan dan Latihan Kemahiran dan Teknikal (TVET), yang kini menjadi keperluan dalam pasaran kerja.Kolej yang berada di bawah kerajaan negeri diperkasakan dengan kursus berkaitan TVET supaya anak Terengganu mampu memenuhi pasaran kerja berasaskan TVET ini.Di samping itu, kelestarian pembangunan amat ditekankan dalam pembangunan negeri. Kerajaan negeri mewartakan dua Taman Negeri iaitu 30,000 hektar hutan sebagai Taman Negeri Kenyir dan 432 hektar tanah bencah sebagai Setiu Wetland bagi memelihara alam semula jadi.Dalam soal menjamin keberkatan, suatu konsep dan dasar yang tiada pada pemikiran dan agama lain, yang ada pada Islam sahaja. Dasar ini ditekankan supaya kerajaan negeri sentiasa meletakkan syariat Islam sebagai rujukan dalam setiap keputusan dan pelaksanaan keputusan.Lantaran itu, kerajaan negeri membangunkan satu garis panduan patuh syariah terutamanya dalam sektor hiburan, kebudayaan, sukan dan pelancongan.Garis panduan ini bukan untuk menghalang, namun sebagai pedoman supaya aktiviti dijalankan berlandaskan syariah dan budaya orang timur.Perkara paling utama kepada kerajaan adalah kesejahteraan dan kebajikan rakyat, kerajaan yang menjaga kebajikan akan disayangi rakyat.Namun, konsep ini tidak boleh disalah tafsir sehingga menyebabkan rakyat tidak dapat berdikari dan hanya menunggu bantuan kerajaan.Oleh itu, konsep berkebajikan yang berasaskan kepada falsafah 'berikan joran bukan ikan' menjadi pendekatan pihak kerajaan membangunkan potensi dan menyediakan fasiliti untuk rakyat mendapatkan pendapatan dengan usaha sendiri.Kerajaan pula bertindak sebagai pemantau dan pendorong melonjakkan potensi serta ekonomi rakyat.Sebagai contoh, kerajaan negeri menyediakan bantuan berbentuk produktif seperti Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS), Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) dan pelbagai bantuan biasiswa pengajian sama ada formal mahupun pendidikan kemahiran.Ini suatu bantuan yang membangunkan potensi rakyat untuk lebih berdaya saing.Akhirnya, dasar yang baik ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kerjasama semua pihak bermula pada peringkat kampung, mukim, daerah dan juga negeri.Saya mengharapkan dengan kerjasama semua, Terengganu Maju Berkat Sejahtera dapat kita realisasikan.Penulis adalah Menteri Besar Terengganu

Read More
Sediakan Kemudahan Infrastruktur Untuk Petani

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 9 Julai- Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) diminta menyediakan kemudahan infrastruktur terlebih dahulu terutama memagari tanah pertanian di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Selesa, Al-Muktafi Billah Shah agar tanaman yang diusahakan penduduk terhindar daripada sebarang ancaman.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, perkara tersebut pernah dijanji oleh KETENGAH kepada kelab KRT Taman Selesa sebelum ini dalam usaha membantu projek ekonomi yang diusahakan penduduk di taman berkenaan.

“KETENGAH diharap dapat menunaikan janji dengan menyediakan insfrastruktur yang sepatutnya termasuk memagari kawasan pertanian agar dapat menambahkan semangat para peserta untuk meneruskan projek.

“Kegigihan dan penat lelah 60 peserta kelab berkenaan yang sekian lama mengusahakan tanah di kawasan terbabit dengan tanaman seperti nanas, betik, pisang serta sayur-sayuran perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Sudah tentu janji yang ditunaikan akan membuahkan kegembiraan kepada mereka dan ianya antara perkara yang saya nampak perlu diberikan sokongan kerana berupaya menjadi sumber ekonomi bagi mengubah nasib penduduk disini.

“Tambahan pula mereka berusaha tanpa sebarang bantuan daripada mana-mana jabatan dan agensi yang sepatutnya selain daripada janji pihak KETENGAH itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas meninjau projek dilakukan KRT Taman Selesa, hari ini.

Kata Ghazali, beliau juga akan berhubung dengan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dalam membantu para peserta memenuhi keperluan mereka.

“Diharapkan tanaman diusahakan para peserta dapat dikekalkan melalui bantuan disalurkan pihak berkaitan sekali gus meningkatkan ekonomi kelab berkenaan,”ujarnya.

Read More
Al-Jazeera Digesa Mohon Maaf Atas Laporan Tidak Tepat

Oleh: Akid HafrizKUALA TERENGGANU, 9 Julai - Portal berita Al-Jazeera digesa untuk memohon maaf dan menarik semula laporan berkenaan layanan Kerajaan Malaysia terhadap warga asing ketika wabak COVID-19 yang didakwa tidak tepat serta memberikan imej yang negatif terhadap Malaysia.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan di media sosialnya menegaskan bahawa Al-Jazeera perlu bersikap adil dalam melaporkan berita berkenaan.“Adalah tidak adil kepada Kerajaan Malaysia kerana Al-Jazeera hanya menemuramah warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah untuk menilai tindakan Kerajaan Malaysia dalam isu ini kerana hanya menilai naratif yang diberikan oleh sebelah pihak.“Sepatutnya Al-Jazeera menghubungi Kerajaan Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara tersebut sebelum menerbitkan berita dalam portal mereka," tulisnya dalam kenyataan tersebut.Tambahnya lagi, Al-Jazeera perlu mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang perkara yang berlaku.Kenyataan itu merujuk satu laporan di portal rasmi Al-Jazeera bertajuk ‘Locked up in Malaysia’s lockdown’, baru-baru ini.

Read More
SPRM Kaji Keberkesanan Tindakan Pencegahan

Oleh: Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 9 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menjalankan satu kajian selidik berkenaan keberkesanan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia.Pengarahnya, KPKPj (Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya) Ruslan Che Amad berkata, antara responden yang perlu memenuhi Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah Oleh SPRM 2020 (KPATRM2020) itu adalah ahli politik."Objektif kajian ini tertumpu kepada penilaian terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah secara menyeluruh yang telah dilaksanakan oleh SPRM bagi tahun 2020," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah SPRM, PPj (Penolong Pesuruhjaya) Zainol Ayob, Penolong Pengarah SPRM, PsK (Penguasa Kanan) Najwa Mohd Sabry dan Penolong Setiausaha DUN Terengganu, Mohd Amirul Affiq Azemi.Menurutnya, tujuan utama kunjungan hormat itu adalah sebagai salam perkenalan kepada Dato' Yahaya Ali.Beliau sebelum ini bertugas di SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya dan berpindah ke negeri Terengganu serta mula berkhidmat pada Januari 2020.Ruslan menambah, penerangan ringkas mengenai kajian telah diberikan dan YDP DUN bersetuju untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu dan menyokong usaha SPRM dalam kajian yang dijalankan ini."Selain itu, topik perbincangan juga merujuk kepada isu-isu integriti, program-program pencegahan serta penerangan tugas-tugas yang dijalankan oleh SPRM," tambah beliau.

Read More

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram