Day: July 10, 2020

Rakyat Terengganu Berpeluang Jadi Usahawan Coklat

Dr. Khairuddin dan wakil LKM bersama sebahagian peserta kursus menunjukkan coklat-coklat yang dihasilkan.
KUALA NERUS, 10 Julai-Rakyat Terengganu berpeluang membina kerjaya sebagai usahawan pembuatan coklat melalui kursus yang ditawarkan Lembaga Koko Malaysia (LKM).Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali memaklumkan, peluang tersebut dapat membantu masyarakat terutama yang menerima kesan kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19."Dikala banyak sektor membuang pekerja, sektor perusahaan, perladangan dan komoditi pula menyediakan peluang kerjaya. Sebagai contoh, kita kini memerlukan 30,000 tenaga kerja dalam bidang penuaian sawit.
"Dalam industri pembuatan coklat pula, kita bersedia membantu seramai mungkin untuk menjadi usahawan coklat sebagai peluang berkerjaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan anjuran LKM di Duyong Marina & Resort, hari ini.Jelasnya, pihak kementerian berusaha memperkasa industri hiliran koko dengan melahirkan lebih ramai usahawan coklat buatan tangan.Industri koko negara telah menyumbang sebanyak RM6.6 bilion kepada pendapatan eksport negara bagi tahun 2019."Sememangnya sasaran kita adalah golongan B40 untuk mereka berdikari tanpa mengharapkan bantuan semata-mata.
"Potensi pendapatan tahap pertama dalam bidang ini sahaja boleh mencapai sekitar RM2,000 hingga RM5,000 sebulan," katanya.Menurutnya, melalui peruntukan RM3 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), seramai 224 usahawan telah dibimbing LKM dengan perolehan pendapatan memuaskan."Bagi Terengganu, ini yang pertama melibatkan 28 peserta dan kita sedang menunggu ahli-ahli parlimen kita memberi senarai calon-calon dari kawasan mereka untuk menyertai kursus ini pada masa akan datang."Peruntukan kita adalah sebanyak RM3 juta untuk tahun ini dan kita harap ada lagi untuk tahun hadapan," katanya.Sektor pembuatan coklat mencatat peningkatan 17.3 peratus daripada jumlah pendapatan eksport koko dan produk-produknya pada tahun 2019.

Read More
Sekolah Di Pedalaman Kelima Terbaik SPM 2019

Ab Razak Ibrahim menyampaikan cenderahati kepada pelajar cemerlang SMK Cerul, semalam.
Oleh: AminjiKEMAMAN, 9 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cerul dinobatkan sebagai sekolah kelima terbaik di Terengganu dalam pencapaian mata pelajaran SPM pada tahun 2019 dengan pencapaian 13.64 peratus semua A.Ab. Razak Ibrahim berkata, kejayaan yang mereka perolehi tidak dijangka kerana SMK Cerul merupakan sekolah yang berada dalam kawasan felda dan terpencil.Justeru kejayaan tersebut sudah pasti menggembirakan hati semua orang.Mendahului carta Senarai Sekolah Semua A Terbaik tersebut, Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud dan SM Sains Kuala Terengganu masing-masing mengungguli tempat pertama dan kedua.
Seterusnya SM Sains Hulu Terengganu di tempat ketiga dan SM Sains Dungun di tempat keempat.Dalam pada itu, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih mengadakan Majlis Kesyukuran Lonjakan SPM 2019 buat semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 Sekolah Menengah Cerul, Kemaman, semalam."Kita menyumbangkan sedikit cenderahati dan wang ringgit kepada semua pelajar SPM 2019 ini tanda ingatan dan penghargaan kepada pelajar tersebut.
"Saya berharap agar kejayaan yang diraih ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa dan guru-guru terus bersemangat untuk mengekalkan kejayaan ini," ujarnya.Hadir sama dalam majlis itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Idris Bidin dan Pengetua SMK Cerul, Alias Salleh.

Read More

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram