Day: July 11, 2020

Terengganu Optimis Capai 4.5 Juta Pelancong Hingga Akhir Tahun 2020

MARANG, 11 Julai- Sektor pelancongan di Terengganu dijangkakan menerima 4.5 juta pelancong berbanding sasaran terdahulu sebanyak 5.4 juta sehingga Disember ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ia bagi baki enam bulan terakhir tahun ini selepas sektor pelancongan dibuka semula, selaras pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)."Kita sebenarnya letak sasaran 5.4 juta tapi oleh kerana berlakunya kes Covid19, kita ubah kepada 3.8 juta tetapi oleh kerana kehadiran yang ramai ini kita jangka 4.5 juta orang pelancong akan masuk ke Terengganu."Kita tiada angka tepat lagi untuk jumlah pelancong ketika ini cuma semua tempat pelancongan disini boleh dikatakan penuh dengan anggaran 80 hingga 90 peratus pelancong yang datang ke Terengganu terutama pada waktu puncak."Pada hari biasa pun sudah melebihi 50 hingga 60 peratus, maksudnya hari biasa pun mereka mencuri masa, sebab terlalu ramai orang waktu cuti ataupun hujung minggu," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media sempena perlepasan Program Maghi Candat Sotong Terengganu 2020 di jeti Marang, hari ini.Dalam perkembangan berkaitan, Ariffin turut menjelaskan tentang isu kesesakan pelancong di Pulau Perhentian dan tindakan yang perlu diambil oleh pihaknya bagi menangani masalah ini."Tiga minggu yang lalu kita telah melancarkan buku Prosedur Operasi Standard (SOP) khas yang dibuat oleh Jabatan Pelancongandan diedarkan ke setiap pemain yang terlibat di pulau-pulau dan juga tempat lain untuk memastikan mereka menjaga SOP yang diarahkan."Cuma apabila berlaku kesesakan, pihak penguasa pejabat daerah dan juga majlis-majlis daerah dan pihak yang berkenaan diarahkan supaya melihat serta menyemak kembali SOP dan mewajibkan mereka mengikutinya."Kerana sekiranya berlaku atau timbul satu sahaja kes, ia akan mendatangkan kesan yang sangat negatif kepada pelancongan negeri,"ujar beliau.

Read More
Maghi Candat Sotong Kini Bermula Dengan Norma Baharu

MARANG, 11 Julai -  Penganjuran Program Maghi Candat Sotong oleh kerajaan negeri menjadi program pelancongan pertama di Terengganu selepas diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata program yang melalui Jabatan Pelancongan negeri itu sepatutnya berlangsung pada April lalu namun terpaksa ditangguhkan susulan wabak pandemik Covid-19."Program ini mampu memberi impak positif kepada sektor pelancongan negeri  dan dapat menyemarakkan kembali sektor pelancongan domestik."Ia sekaligus memberi rangsangan terhadap pengiat-pengiat industri pelancongan yang terdiri daripada pengusaha bot nelayan,  pengusaha hotel dan resort, peniaga kecil dan ramai lagi yang menerima manfaat daripada aktiviti berkenaan,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan program tersebut di jeti Marang di sini hari ini.Tambah Ariffin, program Maghi Candat Sotong berjaya menarik 160 penyertaan  terdiri daripada wakil-wakil daripada setiap daerah serta rakan-rakan media daripada pelbagai agensi termasuk pengaruh media sosial.Dalam pada itu beliau juga berkata, pihaknya mengenakan SOP yang ketat dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 menghadkan penumpang bot iaitu seramai paling kurang 10 orang bergantung kepada saiz bot."Walaupun kita kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ia bukan bermakna kita sudah bebas dari wabak berkenaan dan orang ramai termasuk pengusaha dan penumpang bot perlu mematuhi SOP berkenaan," katanya.

Read More
Anda Diperhati, Amaran Keras Kepada Pelaku Maksiat!

Bunting yang digantung di sekitar Drawbridge.
Oleh : Aslam Wira

KUALA TERENGGANU, 11 Julai - Individu yang mempunyai niat untuk melakukan maksiat di bumi Terengganu termasuk di sekitar jambatan angkat di sini disaran supaya membatalkan hasrat tersebut.

Ketua Pertubuhan Amar Maaruf Nahi Mungkar Marang (Skuad AMAR), Nasaruddin Samsudeng menegaskan, pihaknya akan sentiasa mengadakan operasi pencegahan bagi mengekang aktiviti tidak bermoral terus berleluasa.

Katanya, dalam operasi di Drawbridge semalam, 15 pasangan telah diberikan amaran keras manakala satu pasangan ditahan dan dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu.

"Pasangan yang dibawa ke Pejabat Agama Kuala Terengganu itu akan disiasat untuk kesalahan di bawah seksyen 36, Mewatie, enakmen kesalahan jenayah syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas operasi berkenaan.

Pasangan yang ditahan kerana berdua-duaan dalam kereta tanpa ikatan sah.
Menurut beliau, pemantauan itu tertumpu di beberapa lokasi mencurigakan, kawasan gelap dan mereka yang berdua-duaan di dalam kereta atau sebagainya.

"Skuad Amar juga akan membuat cegahan secara berterusan, malah bunting-bunting penerangan tentang kesalahan jenayah syariah serta perbuatan tidak sopan di tempat awam turut digantung di setiap lokasi tertentu," ujarnya.

Katanya lagi, ibu bapa atau penjaga perlu sentiasa memantau anak-anak terutamanya anak perempuan lebih-lebih lagi pada waktu malam

"Jangan sampai mereka terikut-ikut dengan hawa nafsu, dan terjerumus dalam pemikiran yang menyebabkan mereka terlanjur atau mendekatkan diri ke arah pengzinaan," jelasnya.

Operasi yang bermula 8.00 malam itu mendapat kerjasama penuh daripada Pegawai Penguatkuasa Syariah serta Sukarelawan Amar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus dengan penglibatan seramai hampir 60 orang.

Terdahulu, pada 8 Julai, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu memaklumkan penubuhan skuad khas bagi memantau setiap kelakuan pengunjung di sekitar jambatan angkat bagi mengelakkan kejadian tidak bermoral berlaku.

Read More
Ibu Jual Air, Sara Anak Derita 18 Penyakit

Norzaimah bersama anak-anak.
Oleh : Aslam Wira

MARANG, 10 Julai - Demi menyara anak-anak termasuk yang menderita hampir 18 penyakit, seorang ibu tunggal di Kampung Alur Tuman di sini berniaga air balang di hadapan rumahnya.

Wan Norzaimah Wan Muhammad, 43, berkata, walaupun hasil yang diperolehi tidak seberapa, dia terpaksa melakukan kerja itu  bagi menanggung kesemua tujuh anaknya.

Katanya, tiga daripada anaknya termasuk yang menghidapi pelbagai penyakit itu merupakan orang kurang upaya (OKU).

"Saya sering berulang alik ke Hospital bersama-sama semua anak saya, sehinggakan kami terpaksa tidur di kaki lima hospital.

"Anak sulong saya ponteng sekolah sewaktu tingkatan lima untuk berkerja di kedai makan kerana tidak sanggup melihat saya dan adik-adiknya susah.

"Sekarang saya berniaga air balang di depan rumah, dan anak sulong kini berkerja sebagai nelayan bagi menampung kehidupan keluarga," katanya ketika ditemui pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas program ziarah Mobile Team Rhu Rendang di rumahnya semalam.

Zuraida (tiga dari kiri) menziarahi Norzaimah dan memberikan bantuan bagi meringankan beban keluarga terbabit.
Turut hadir dalam program tersebut, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Alur Tuman, Kamaruddin Mansor.

Kesusahan hidup Wan Norzaimah itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor yang turut berkunjung ke rumahnya.

Menurut Zuraida, tindakan segera akan diambil bagi membantu keluarga berkenaan meneruskan hidup dengan lebih baik sebagaimana rakyat biasa.

"Pejabat ADUN Rhu Rendang telah mengambil tindakan terus untuk berhubung dengan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan lain-lain.

“Keluarga ini akan disenaraikan sebagai peserta Mobile Team di mana fokus kumpulan ini adalah bagi mengeluarkan mereka daripada status miskin tegar," jelas beliau.

Ujar Zuraida lagi, pihak kerajaan akan mengambil perhatian serius dengan mengikuti perkembangan keluarga terbabit dari semasa ke semasa.

“Saya juga berminat untuk membantu kak Wan dari sudut bagaimana cara mereka mencari rezeki seperti berniaga, menjahit, ataupun apa saja pekerjaan yang boleh menjana pendapatan kepada mereka," tambahnya.

Read More

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram