Day: July 12, 2020

224 Penduduk Langkap, Permaisuri Selangkah Miliki Tanah Sendiri

Oleh  : Muhammad A.Rahman

SETIU, 12 Julai - Seramai 224 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dan Permaisuri menerima borang Jadual 5A bagi Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) baru-baru ini sebelum mereka layak memiliki tanah tersebut sepenuhnya.

Majlis penyampaian tersebut adalah yang kedua selepas 500 penduduk telah menerima borang itu daripada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kejayaan penyerahan tanah RTB berkenaan adalah bukti kerajaan negeri komited dalam menunaikan manifesto mereka sewaktu pilihan raya umum (PRU) 14 yang lalu.

“Kerajaan negeri kini sedang dalam proses untuk menyelesaikan kesemua RTB-RTB yang ada bagi mengembalikan hak rakyat yang pernah dinafikan dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu di Dewan Serbaguna MDS, Sungai Tarom di sini.

Menurut beliau lagi, para peserta perlu menjelaskan kadar bayaran premium yang sama seperti yang telah diluluskan pada tahun 1999-2004 dahulu.

“Harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan sekarang adalah sama dengan harga semasa diberi tanah tersebut, sekitar RM1,100 dan RM1,200 sahaja. Ini adalah satu harga yang rendah.

“Insya-Allah, kini dalam fasa terakhir proses pelepasan RTB-RTB ini kepada pemilik-pemilik oleh pihak kerajaan.

“Saya harap penerima-penerima RTB ini dapat menjelaskan pembayaran secepat mungkin agar mereka dapat diberi hak milik sepenuhnya,” ujarnya.

Tambah beliau, Setiu merupakan salah satu Parlimen yang mempunyai tanah RTB paling banyak iaitu ada 19 lot pertanian dan 10 lot rumah.

Read More
KPDNHEP Ganding Bahu Laksana Operasi Kawal Harga

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berganding bahu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan operasi mengawal kenaikan harga barang.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, kawalan tersebut dikuatkuasakan bagi menjaga kepentingan kepenggunaan rakyat.

"Tujuan lawatan ke KPDNHEP ini adalah untuk mengetahui berkenaan isu rungutan harga barang yang tinggi di Terengganu berbanding dengan negeri lain," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lawatan kerja ke Pejabat KPDNHEP di sini baru-baru ini.

Menurutnya, kementerian tersebut merupakan perantara untuk saluran aduan rakyat.

“Saluran untuk dapat taklimat berhubung dengan gerakan kepenggunaan (consumerism) supaya rakyat tahu hak mereka dan tidak mudah ditipu,” jelas Yahaya.

Beliau menambah, lawatan tersebut sudah menjadi tradisi badan legislatif dan setakat ini pelbagai jabatan serta agensi kerajaan sudah dilawati bagi mendapatkan maklumat secara langsung (first hand) tentang isu-isu dibangkit dan disuarakan oleh rakyat.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, beliau turut menerangkan fungsi dan peranan KPDNHEP dalam menguatkuasakan undang-undang dan melindungi kepentingan pengguna serta mewujudkan peniaga yang beretika.

“Saya amat berbesar hati menerima lawatan kerja ini dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” tambah beliau.

Read More
Sukan Sebagai Inisiatif Daftar Pengundi

Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN,12 Julai- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diseru menjadikan program sukan sebagai inisiatif untuk mendaftar pengundi sebagai pemilih.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia DUN Rantau Abang, Abdullah Fahim Hussin berkata, penganjuran sukan di komuniti masing-masing sewajarnya dijadikan platform untuk mendaftar mereka yang layak mengundi dan masih belum berbuat demikian."Mereka kadang-kadang menganggap rumit kerana terpaksa ke pejabat pos untuk mendaftar, jadi kita bantu untuk memudahkannya," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Jersi kepada 28 MPKK di DUN Rantau Abang di Pusat Komuniti DUN di sini, baru-baru ini.Majlis penyerahan tersebut disampaikan oleh ADUN Rantau Abang, Alias Harun.Sementara itu, Alias berharap kerjasama yang erat antara orang muda dan orang tua hendaklah sentiasa terjalin."Saling hormat menghormati perlu ada dan jika ada rasa tidak puas hati, bawa berbincang, jangan dengar sebelah pihak," katanya ketika berucap di majlis itu.

Read More

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram