Day: July 14, 2020

Pelaksanaan Penebusan Ganti Cuti Rehat Dikaji Semula

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kerajaan memutuskan untuk membuat kajian semula terhadap cadangan pelaksanaan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada wang tunai selama 75 hari bagi penjawat awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun sebagaimana diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2020.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Dato Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana, mengikut formula berasaskan gaji semasa, perkara tersebut akan merugikan penjawat awam.

“Ini adalah kerana formula pengiraan penebusan awal GCR adalah berasaskan kepada gaji semasa penjawat awam. 

“Jumlah yang diterima menerusi penebusan awal semasa dalam perkhidmatan adalah jauh lebih rendah berbanding semasa bersara kerana gaji akhir,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Setiu (PN), Shaharizukirnain Abd Kadir berhubung perkara itu.

Sebagai contoh, Takiyuddin berkata, pegawai gred M54, sekiranya mereka menebus GCR ini apabila mereka bersara penuh, mereka akan mendapat sejumlah RM55,107.90.

“Tapi kalau mereka menebus di dalam masa perkhidmatan dengan mengambil 75 hari, mereka hanya akan mendapat RM15,355.05, kemudian semasa bersara mereka mendapat lagi RM27,553.95.

“Jumlah yang kedua-dua mereka dapat RM42,909 sahaja berbanding mereka ambil semasa bersara penuh,” jelasnya.

Jumlah pengumpulan GCR maksimum yang berkuat kuasa sekarang adalah sebanyak 150 hari.

Selain itu, katanya penebusan awal GCR adalah dikira sebagai pendapatan kasar penggajian dan boleh dikenakan cukai, yang akan mengurangkan lagi jumlah wang diterima penjawat awam berbanding jika dibayar apabila bersara kelak.

Read More
Terengganu Sedia Mulakan Sesi Persekolahan Sepenuhnya

Oleh : Amiirullah MansorKUALA TERENGGANU, 14 Julai - Terengganu bersedia mulakan sesi persekolahan sepenuhnya bermula esok selepas hampir empat bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akibat penularan wabak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, sekolah di negeri ini mampu menampung pelajar berdasarkan SOP yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)."Alhamdulillah, kelas-kelas yang ada cukup untuk menampung pelajar dengan mematuhi SOP ditetapkan KPM."Kerjasama yang cukup baik juga ditunjukkan oleh semua peringkat dan beberapa taklimat telah disampaikan kepada pihak bawahan berkait sesi persekolahan ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu, hari ini.Tambahan lagi, pihak Kerajaan Terengganu amat menitikberatkan isu SOP ini bagi mengelakkan wujudnya kluster baharu daripada sekolah."Setakat ini kita perhatikan SOP itu dapat dipatuhi oleh semua sekolah bermula dari masuk pintu pagar sekolah sehingga pulang ke rumah," ujarnya lagi.Salam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, sekolah, komuniti, guru-guru dan ibu bapa."Kita sedang dalam sesi persekolahan norma baharu ini, justeru sokongan semua pihak amat bermakna dan dapat memberi sokongan untuk kemudahan bersama."Didoakan juga sesi persekolahan berjalan dengan lancar di seluruh negara khususnya Negeri Terengganu," ujarnya.

Read More
KDNHEP Terengganu Rampas RM97,000 Barang Tiruan

Shaharuddin menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas.
KUALA TERENGGANU, 14 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas pelbagai barangan tiruan berjenama bernilai lebih RM97,000, semalam.Pengarah KPDNHEP Negeri Saharuddin Mohd Kia memaklumkan, dalam serbuan dikenali sebagai Operasi Barang Tiruan kira-kira 12.30 tengahari semalam, pihaknya berjaya menahan dua suspek lelaki berumur 30 an dan empat suspek wanita berumur 20 secara serentak di tiga premis di Kuala Terengganu dan Marang bagi membantu siasatan."Hasil risikan awal selama sebulan, kami mendapati dua premis menjalankan operasi perniagaan secara dalam talian sementara satu premis lagi menjalankan perniagaan di premis.
"Dalam serbuan tersebut, semua barangan berada dalam stor premis. Kesemua 821 unit kasut, 3,120 unit stokin, 46 unit tali pinggang, 6 unit dompet, 6 helai baju, 5 unit selipar dan 1 unit beg tangan wanita yang berjenama Nike, Adidas, Puma, Gucci, Louis Vuitton dan Levis telah disita."Setakat tiga operasi untuk tahun ini di bawah Akta Cap Dagang 2019, ini merupakan rampasan terbesar yang diperolehi," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Stor Eksibit Chendering, hari ini.Jelasnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagang 2019 dan jika sabit kesalahan, denda maksimum 10 ribu ringgit boleh dikenakan terhadap kesemua suspek bagi setiap barangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Read More
EPIC Cakna & Prihatin Bantu Keluarga Miskin Dalam Siri Demi Siri

To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman (dua dari kanan) dan Saabi Wahab (kiri) teruja melihat bakat seorang remaja OKU yang melukis menggunakan kakinya.

KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) dalam siri demi siri yang diteruskan untuk membantu keluarga miskin dan kurang berkemampuan di kawasan-kawasan tertumpu di Terengganu.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Saabi Wahab berkata, program EPIC Cakna & Prihatin 2020 merupakan program tahunan dan siri kali ini mendapat kerjasama Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Sabasun Hyperuncit dan Syarikat Air Terengganu (SATU).
Saabi Wahab.

"Program ini merupakan aktiviti tahunan EPIC Berhad. Untuk tahun ini kita merancang empat siri, jadi akan ada tiga siri lagi sehingga Disember ini berdasarkan keperluan dan maklumat yang disalurkan."Yang terdekat dalam jangka masa dua bulan lagi, insya-Allah kita target sama ada di kawasan Hulu Terengganu atau Besut. Hari ini kita agihkan sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM350 dan barangan keperluan kepada 20 keluarga miskin bandar di kawasan Kuala Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas program berkenaan di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu.
Tambah Saabi, Kumpulan EPIC Berhad memperuntukkan bajet untuk program CSR sebanyak kira-kira RM30,000 hingga RM40,000 bagi setiap siri dan kawasan demi membantu keluarga miskin dan kurang berkemampuan.Sementara itu, ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed sangat berterima kasih kepada EPIC atas usaha tersebut yang diserikan lagi dengan kehadiran isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.
"Alhamdulillah program pada hari ini begitu berjaya. 10 tempat telah dilawati sementara 10 lagi keluarga menerima bantuan di dewan ini. Bagi pihak DUN Bandar, kami sangat berterima kasih di atas penganjuran program ini yang sangat baik dan patut diteruskan.
"Walaupun kita berada dalam kawasan bandar, hakikatnya rakyat yang susah bilangannya masih besar. Bagaimanapun, program yang dibuat adalah menjurus kepada usaha menaik taraf kehidupan rakyat di sini di samping bantuan berterusan daripada kerajaan negeri."Kami amat bertuah EPIC dapat turun ke DUN Bandar hari ini bersama isteri Menteri Besar. Ianya sudah tentulah merupakan satu penghormatan buat kami," ujarnya.Turut hadir, isterinya, Norizah Ngah, ADUN Wanita, Zuraida Md Noor, Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said dan Pengurus Perancangan Strategik Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd, Abdul Basir Embong.

Read More
Ajal Ketika Mencandat Sotong

Mangsa dibawa ke HSNZ.
KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Seorang nelayan orang kelainan upaya (oku) di Pantai Batu Buruk di sini ditemui meninggal dunia di atas bot miliknya selepas dipercayai keluar mencandat sotong kelmarin.Mayat Ahmad Saufie Mohamed, 34 tahun, ditemui adiknya kira-kira jam 5.10 petang semalam sekitar jarak lima batu nautika dari kawasan darat.Rakan mangsa, Mohd Sahid Said berkata, sekitar pukul 6 petang pada Ahad, dia bersama mangsa serta seorang lagi rakan menaiki bot berasingan untuk mencandat sotong dan berlabuh berdekatan antara satu sama lain.“Kemudian sebelum bergerak untuk pulang, kami menghampiri bot Ahmad Saufie dan cuba mengejutkan mangsa yang kami sangka sedang tidur, namun tiada respon balas.“Semalam, dalam pukul 1 pagi, terjadi hujan lebat dan angin kencang. Lebih kurang pukul 4 pagi, lampu generator candat sotong mati. Kemudiannya, dalam 10 minit selepas itu, ia hidup balik.“Dua kali perkara itu berlaku dan kami pergi untuk kejutkan dia, tak bangun, kami pun tinggalkan dia kerana menyangka dia tidur seperti biasa macam sebelum-sebelum ini,” kata Mohd Sahid.Kata Mohd Sahid lagi, kebiasaannya selesai mencandat mereka akan berjumpa di pengkalan selepas waktu Subuh, namun sehingga petang semalam mangsa masih tidak pulang.Sementara itu, pagi semalam, adik mangsa yang turut keluar menangkap ikan sekitar jam 11 pagi mengesan bot abangnya sedang berlabuh namun tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka abangnya sedang tidur.Walau bagaimanapun, sekitar jam 5 petang, adik mangsa mendapat panggilan telefon daripada ahli keluarga memaklumkan Ahmad Saufie masih belum pulang, dia bergegas kembali ke bot milik abangnya dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.Kejadian tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Astro Awani.“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” tambah Abdul Rahim.

Read More

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram