Month: July 2020

SPRM Kaji Keberkesanan Tindakan Pencegahan

Oleh: Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 9 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menjalankan satu kajian selidik berkenaan keberkesanan tindakan pencegahan rasuah di Malaysia.Pengarahnya, KPKPj (Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya) Ruslan Che Amad berkata, antara responden yang perlu memenuhi Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah Oleh SPRM 2020 (KPATRM2020) itu adalah ahli politik."Objektif kajian ini tertumpu kepada penilaian terhadap usaha-usaha pencegahan rasuah secara menyeluruh yang telah dilaksanakan oleh SPRM bagi tahun 2020," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah SPRM, PPj (Penolong Pesuruhjaya) Zainol Ayob, Penolong Pengarah SPRM, PsK (Penguasa Kanan) Najwa Mohd Sabry dan Penolong Setiausaha DUN Terengganu, Mohd Amirul Affiq Azemi.Menurutnya, tujuan utama kunjungan hormat itu adalah sebagai salam perkenalan kepada Dato' Yahaya Ali.Beliau sebelum ini bertugas di SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya dan berpindah ke negeri Terengganu serta mula berkhidmat pada Januari 2020.Ruslan menambah, penerangan ringkas mengenai kajian telah diberikan dan YDP DUN bersetuju untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu dan menyokong usaha SPRM dalam kajian yang dijalankan ini."Selain itu, topik perbincangan juga merujuk kepada isu-isu integriti, program-program pencegahan serta penerangan tugas-tugas yang dijalankan oleh SPRM," tambah beliau.

Read More
Bersegeralah Dalam Ziarah Dan Salurkan Bantuan

Oleh: Aslam Wira

MARANG, 8 Julai – Program ziarah sewajarnya dijadikan aktiviti wajib bagi pihak berkepentingan terutama membabitkan kepimpinan kampung dan  jabatan berkaitan.

Pendekatan itu dilihat mampu menyelesaikan pelbagai masalah, termasuk menyegarakan bantuan kewangan, keperluan makanan dan perubatan bagi mereka yang memerlukan.

Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, langkah seumpama itu turut diamalkan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang menjeguk, bertanya khabar mana-mana penduduk uzur, Orang Kurang Upaya dan warga emas sebagai aktiviti harian atau mingguan.

Katanya,  pihaknya turut menziarah Mohamad Hakimi Othman yang terlibat kemalangan pada  2 Julai lalu dan Maziah Abu Bakar yang mengalami lumpuh sebelah badan di Kampung Kijing.

“Ziarah ini bukan sekadar tertumpu pada kunjungan semata-mata tetapi juga untuk menyalurkan bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Marang.

“Ini adalah keperluan kepada mereka yang ditimpa musibah sebagai meringankan sedikit beban di atas ujian yang menimpa mereka,”katanya.

Beliau berkata kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman ketika selesai aktiviti ziarah di Kampung Kijing, kelmarin.

Turut hadir adalah Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng dan wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.

Read More
Hotel Permai Pelopor Aplikasi E-Wallet Quinpay Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 8 Julai– Hotel Permai menjadi hotel pertama milik kerajaan negeri yang mempelopori teknologi “Cashless Transaction” dengan kerjasama Quinton Group Sdn. Bhd. setelah beroperasinya pembayaran menggunakan aplikasi Quinpay awal bulan ini.

Pengurus Besarnya, Noralizan Abd Rahman berkata selain memudahkan pelbagai urusan, ia juga menawarkan ciri-ciri keselamatan.

Katanya, selain daripada pembayaran ke atas bilik penginapan, aplikasi Quinpay ini turut memudahkan para tetamu hotel yang mahu menjelaskan bil di Cahaya Restaurant milik Permai Hotel Kuala Terengganu.

”Penggunaan aplikasi Quinpay ini amat mudah kerana pengguna berdaftar hanya perlu mengimbas Kod QR yang disediakan di kaunter pembayaran, masukkan jumlah bayaran dan nombor PIN peribadi sahaja untuk menyempurnakan satu transaksi.

“Apa yang lebih menarik, aplikasi ini tidak terhad untuk bilik dan restoran sahaja malah ia juga dikembangkan ke Permai 70s Bistro yang baharu saja dibuka di perkarangan lobi lama hotel ini,”ujarnya.

Noralizan menunjukkan aplikasi Quinpay

Tambahnya, Bistro yang dibuka setiap hari bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam ini menawarkan menu-menu hidangan tradisi Terengganu.

“Antaranya termasuklah laksam, Che Abas Demam, keropok, Ceranang dan banyak lagi. Semua menu ini dijual pada harga serendah RM3.00 sahaja.  "Tetamu hotel yang ingin menikmati hidangan di bilik masing-masing boleh berbuat demikian dengan menghubungi pihak hotel untuk perkhidmatan penghantaran ke bilik,” jelas Noralizan lagi.

Bagi anda yang berminat untuk menginap di Permai Hotel Kuala Terengganu dan membuat pembayaran menggunakan imbasan kod QR Quinpay ini atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda bolehlah berhubung terus dengan pihak hotel melalui nombor telefon 09-622 2122 atau layari laman Facebook Permai Hotel Kuala Terengganu.

Read More
TEKUN Mobilepreneur Peluang Anak Muda Jana Pendapatan

Wan Junaidi (kanan).
Oleh : Muhammad A Rahman KUALA LUMPUR, 8 Julai - TEKUN Nasional membuka peluang kepada golongan yang hilang mata pencarian termasuk para belia untuk menjadi ‘rider’ bagi syarikat penghantaran makanan, barangan dan keperluan harian.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' Sri  Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sejak ia diwujudkan pada April lalu, skim pembiayaan tanpa faedah ini telah meluluskan 215 permohonan ‘rider’ e-hailing.

“Bagi membantu lebih ramai usahawan untuk menceburi bidang ini namun tidak mempunyai modal membeli motosikal, TEKUN Nasional telah mewujudkan Program TEKUN Mobilepreneur 2.0 yang pembiayaan maksimum sehingga RM10,000.

“Sebelum ini pembiayaan hanya RM2,000 pada TEKUN Mobilepreneur 1.0 yang berfokus kepada rider yang mahu membaiki motorsikal dan memasang aksesori tambahan,” ujar beliau ketika ditemui di Majlis Pelancaran TEKUN Mobilepreneur semalam.

Shaharizukirnain.
Dalam pada itu, Pengerusi TEKUN Nasional, Shaharizukirnain Abdul Kadir, berkata lebih 450 orang ‘rider’ e-hailing berminat menyertai Program TEKUN Mobilepreneur ini dan dijangka mampu menarik lebih 500 e-hailing ‘rider’.

“Untuk fasa 1, kita jangka 500 orang rider dan kini 215 telah diluluskan dan fasa 2 pula 500 orang rider juga dan kini 48 orang yang telah mendaftar, lima orang telah diluluskan permohonannya.

“TEKUN Nasional juga akan mengeluarkan satu lagi skim iaitu TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS) yang akan ditawarkan pada 13 Julai ini. Kita mensasarkan 10 ribu hingga 12 ribu pemohon bagi skim ini,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Setiu.

Orang awam yang berminat boleh melayari laman sesawang TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my atau laman Facebook TEKUN Nasional untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Read More

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram