22,000 Datang Terengganu Tengok Penyu

By kirthiga

Lebih 22,200 pelawat dari dalam dan luar negara telah mengikuti program pendidikan kesedaran awam dan publisiti berhubung kehidupan penyu di Terengganu sepanjang tahun lepas.

Ketua Cawangan Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber, Jabatan Perikanan Negeri Rusman Rusdy berkata, daripada jumlah tersebut, hampir 400 orang adalah pelawat antarabangsa dan kebanyakannya dari Eropah.

“Sepanjang tahun lepas, kita telah mengadakan lebih 50 program pendidikan dan kesedaran awam kepada para pelawat yang melawat pusat pemuliharaan penyu di negeri ini,” katanya.

Menurut Rusman, pelawat-pelawat dari dalam negara kebanyakannya terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi dan juga badan bukan kerajaan.

Pada tahun lepas, pihaknya juga telah menerima seramai sembilan orang sukarelawan dari Jepun untuk menjalankan kerja-kerja pemuliharaan penyu dan menggunakan 47 pekerja upahan bermusim untuk kerja-kerja mengambil dan menanam telur penyu untuk dieram serta menjaga kawasan rizab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram