250 Petugas Media 25 Negara Sertai Candat Sotong

By Anita

Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu di perairan negeri ini dijangka lebih meriah apabila 250 petugas media dari 25 buah negara telah bersetuju untuk menjadi rakan penyiar dan liputan

Program sempena Tahun Melawat Melaysia 2014 itu hanya melibatkan pengamal media bakal berlangsung selama tujuh hari bermula 11 April ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, berikutan kehadiran rakan penyiar dari seluruh dunia itu, pihaknya akan mengadakan pertandingan rakaman visual dan fotografi terbaik.

“Dalam pertandingan itu nanti, pemenang akan menerima hadiah berupa pakej melawat Terengganu yang ditaja kerajaan negeri seperti penginapan, tambang kapal terbang, makan minum, melawat ke tempat menarik seperti Tasik Kenyir, Air Terjun Cemerong dan sebagainya.

“Saya dimaklumkan sehingga kini sebanyak 250 petugas media bersedia untuk datang meriahkan festival itu” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan negeri berhasrat memperkenalkan program candat sotong menerusi tayangan slot stesen televisyen seluruh dunia bagi menarik penyertaan pelancong asing.

Katanya, pada masa sama mengeksplotasi sepenuhnya keunikan candat sotong agar pelancong luar datang untuk merasai sendiri bagaimana keseronokan dan istimewanya aktiviti itu.

“Rombongan media turut dibawa menerokai keindahan alam yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu termasuk pulau, tasik, pantai dan hutan yang masih terpelihara,” katanya.

Negara yang telah mengesahkan penyertaan termasuklah Australia, Brunei, China, Jerman, Korea Selatan, Hong Kong, India, Indonesia, Perancis, Sepanyol, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram