350 Tandas Awam Di Malaysia Bertaraf Lima Bintang

By kirthiga

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberitahu hanya 4,000 atau 39 peratus daripada 10,257 tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini berjaya mencapai taraf tiga hingga lima bintang .

Rekod itu berdasarkan hasil pemeriksaan audit KPKT sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Manakala selebihnya atau 61 peratus lagi tandas dikategorikan tidak memuaskan dan kotor. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya sedih dengan statistik itu di mana hanya 350 atau 3.14 peratus tandas mencapai status lima bintang.

Katanya, sebanyak 2,620 tandas awam (hampir 60 peratus) pula masih bertaraf empat dan tiga bintang,.

“Kerajaan Pusat menyediakan memperuntukkan RM50 juta untuk menaiktaraf tandas awam PBT seluruh negara sejak tahun lalu. “Dengan peruntukan itu, sebanyak 750 tandas awam berjaya dinaiktaraf agar dapat memberi keselesaan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan di Pantai Batu Burok , Kuala Terengganu, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Ketua Setiausahanya Datuk Halimi Abd Manaf.

Hadir merasmikan program itu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman. Abdul Rahman berkata, dia meminta pihak berkaitan , lebih-lebih lagi orang awam prihatin mengenai isu tandas yang dikatakan sukar diubah selagi pengguna itu bersikap tidak bertanggungjawab dan pengotor.

“Tandas yang bersih bukan saja boleh menghindari wabak berjangkit seperti cirit birit dan jangkitan cacing (kolera) di kalangan kanak-kanak malah mampu melahitr masyarakat sihat tanpa sebarang penyakit,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram