400 Golongan Miskin Di Parlimen Besut Terima Wang Zakat

By kirthiga

Kehadiran Ramadan yang masuk hari kedua semalam amat mengembirakan golongan miskin di Daerah Besut apabila mereka menerima sumbangan wang zakat  sempena majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Ahli Parlimen Besut.

Mereka membabitkan 400 penerima juga turut diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama pemimpin kerajaan daerah itu serta penduduk setempat dalam majlis yang diadakan di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong, di Jertih.

Hadir sama Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

Pada majlis itu, Idris dan isteri, To’ Puan Che Kamariah Zakaria, turut menyampaikan wang zakat kepada penerima yang dipilih menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah itu.

Majlis berbuka puasa itu juga mendapat sambutan meriah apabila lebih 1,500 tetamu hadir bagi meraikan program berkenaan.

Manakala pihak Empower ECER Besut terbabit menyediakan bubur lambuk yang diangihkan kepada semua tetamu yang hadir.

Idris berharap, rakyat negeri ini terus memberi sokongan kepada pemimpin kerajaan yang sedia ada bagi meneruskan kesinambungan projek pembangunan bagi faedah rakyat selain mengeratkan silatul rahim antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram