5,000 Penduduk Besut Berhimpun Hargai MB Kembalikan Kompleks Imtiaz

By kirthiga

Kira-kira 5,000 penduduk Daerah Besut akan menyertai perhimpunan khas sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada usaha Menteri Besar, Dato’  Ahmad Razif Abd Rahman yang mengembalikan semula pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut belajar di Kompleks Imtiaz Besut, Bukit Keluang.

Perhimpunan anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Besut itu akan diadakan di Dataran Kompleks Imtiaz Besut yang dijadualkan berlangsung selepas sambutan Aidilfitri Ogos ini.

Ahli Parlimen Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, perhimpunan itu bertujuan menghargai peranan yang dilakukan oleh Menteri Besar kerana  mengembalikan semula pelajar SM Imtiaz Besut ke kompleks yang sudah siap itu.

Beliau ditemui media selepas mennyampaikan sumbangan kepada golongan miskin sempena Program Ziarah Ramadan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, hari ini.

Turut hadir Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih.

Sebelum ini, pelajar Imtiaz Besut terpaksa belajar di Asrama Yayasan Terengganu di Kampung Padang Landak, Jertih sejak lima tahun lalu kerana menunggu siapnya Kompleks Imtiaz Besut berharga RM86 di Bukit Keluang, dekat Kampung Raja.

Bagaimanapun, hasrat pelajar terbabit hampa kerana kerajaan negeri sebelum ini ingin menyerahkan kompleks berkenaan kepada  kolej swasta menyebabkan matlamat asal pembinaan Imtiaz Besut  terbantut.

Idris yang juga Menteri Pendidikan II, melahirkan rasa lega dengan keputusan terbaru dibuat Kerajaan Negeri untuk memindahkan pelajar terbabit ke kompleks itu menjelang akhir tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram