600 Warga SK Bukit Chempaka Sambut Maulidur Rasul

By kirthiga

Hampir 600 peserta yang terdiri daripada masyarakat setempat serta pelajar dan guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran sekolah itu, hari ini.

Guru Besar sekolah tersebut, Fatimah Embong berkata program itu pertama kali melibatkan masyarakat setempat.

Fatimah berkata, perarakan yang bermula pukul 9.30 pagi tadi melibatkan jarak sejauh satu kilometer dari perkarangan sekolah ke Masjid Bukit Chempaka dan kembali semula ke sekolah.

“Sepanjang perarakan, semua peserta membawa kain rentang sambil mengalunkan bacaan selawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Di masjid, mereka semua disajikan dengan ceramah keagamaan tentang sejarah hidup Nabi Muhammad serta perjuangan Baginda dalam menaikkan agama Islam,”

Perarakan tersebut turut disertai oleh ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

Tambah Fatimah, objektif utama program itu diadakan adalah untuk mendedahkan kepada murid mengenai sejarah kelahiran Rasulullah selain menghayati perjuangan baginda dan keindahan agama Islam.

“Selain itu, dengan melibatkan masyarakat setempat, pelajar dan guru dapat mengenali sesama sendiri lebi rapat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram