Akademi Ragbi Terengganu Beroperasi Pertengahan Tahun

By Anita

Penubuhan Akademi Ragbi Terengganu yang bakal beroperasi pada pertengahan tahun ini dijangka dapat memenuhi hasrat kerajaan negeri itu untuk membangunkan sukan tersebut dari peringkat bawah.

Akademi tersebut yang dijangka menggunakan tenaga pengajar daripada pasukan New Zealand yang terkenal dengan jolokan ‘All Blacks’, akan dibuka untuk pelajar bawah 12, 15 dan 18 tahun.

Setiausaha Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT), Wan Tarmizi Wan Jusoh berkata, akademi itu ditubuhkan dengan kerjasama kerajaan negeri, Jabatan Pelajaran Negeri dan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

“Buat permulaan, akademi itu akan memperkenalkan program ‘Handalan Ragbi Kids’,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan latihan pasukan ragbi negeri bawah 18 tahun untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2014 di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya sedang mencari lokasi yang sesuai untuk menempatkan akademi itu dan buat permulaan ini ia akan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Batu Buruk.

Wan Tarmizi berkata, buat permulaan, seramai 30 pelajar akan ditempatkan di akademi tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Terengganu akan menghantar dua pasukan untuk Kejohanan Ragbi Terbuka Perlis 10 Sebelah, Sabtu ini.

Selain dua pasukan negeri, katanya, lima buah sekolah di negeri itu akan turut mengambil bahagian pada kejohanan dua hari itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram