Angkasa Intai Peluang di ECERDC

By kirthiga

Abdul Fatah Abdullah

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berhasrat mahu mengambil bahagian dalam Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai usaha memperkasakan ahli koperasi di negeri ini.

Presidennya, Dato’ Abdul Fatah Abdullah berkata, terdapat 566 koperasi di negeri ini dan 80 peratus daripada jumlah itu merupakan koperasi mikro dan kecil yang berpendapatan tahunan kurang daripada sejuta.

“Angkasa akan ambil inisiatif membantu koperasi di Terengganu mengintai peluang-peluang perniagaan terutama di kawasan ECERDC ,” katanya kepada pemberita di Persidangan Angkasa Negeri Terengganu di Hotel Primula, Kuala Terenggganu, semalam.

Katanya, daripada 566 buah koperasi dengan keahlian 234,000 orang serta memiliki saham RM206 juta sudah cukup untuk menceburkan diri dalam mana-mana projek yang terdapat di negeri ini.

“Kita diberi tanggungjawab membangun dan merangsang perniagaan koperasi dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) termasuk mewujudkan jaringan perniagaan dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata, Angkasa akan mewujudkan Bandar Koperasi di Bandar Penawar, Johor Baharu dalam kawasan Wilayah Iskandar dengan anggaran kos RM1 bilion.

“Angkasa telah memperolehi 29.5 hektar kawasan di Wilayah Iskandar untuk dibangunkan pusat perniagaan, rumah penginapan mampu milik dan kemudahan perbankan,” katanya.

Menurutnya, Angkasa telah mewujudkan jawatankuasa khas untuk mencari peluang-peluang perniagaan membantu koperasi negeri-negeri mendapatkan projek-projek di peringkat negeri.

Katanya, Angkasa juga sedang mengadakan perbincangan dengan koperasi di Cina dan Korea untuk bergabung membangunkan sektor koperasi di negara ini termasuk bertukar kepakaran.

Sementara itu Dato’ Abdul Fatah berkata, sehingga tahun akhir tahun lalu sebanyak 11,000 koperasi bernaung di bawah Angkasa dengan keahlian lebih 8 juta orang dan modal berbayar RM12 billon. Manakala aset terkumpul kira-kira RM100 billion sehingga kini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram