Angkasa Sasar 1,000 Koperasi Kariah Masjid

By kirthiga

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) mensasarkan untuk menubuhkan 800 Koperasi Kariah Masjid yang akan menjadikan 1,000 buah koperasi seluruh negeri menjelang akhir tahun ini.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam di seluruh negara sekali lagi disaran memainkan peranan menubuhkan Koperasi Kariah Masjid, di kawasan masing-masing.

Presiden  (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, penubuhan Koperasi Kariah Masjid sangat perlu terutama bagi memperkukuhkan kedudukan ekonomi orang Islam.

“Peranan Koperasi Kariah Masjid bukan setakat memajukan ekonomi, malah ia dapat mengimarah setiap masjid yang mempunyai koperasi berkenaan,” katanya ketika menutup Program Munaqasyah Fiqh Muamalat Siri Diskusi Fiqh Dalam Gerakan Koperasi, semalam.

Abdul Fattah berkata, ketika ini terdapat kira-kira 6,300 masjid di seluruh negara dan dari jumlah itu, hanya 220 sahaja yang telah menubuhkan Koperasi Kariah Masjid.

Beliau berkata, banyak yang boleh dijalankan apabila Koperasi Kariah Masjid ditubuhkan contohnya seperti menjalankan perniagaan membekal pakaian untuk menunaikan haji atau umrah, menyediakan khidmat pakej perkahwinan termasuk katering untuk majlis perkahwinan, menyediakan peralatan pengurusan jenazah, kedai runcit, cuci kenderaan, pelancongan dan sebagainya.

“Jika Koperasi Kariah Masjid ditubuhkan di tempat tuan-tuan, tidak mungkin ia menemui kegagalan kerana setiap ahli, sudah tentu mendapatkan khidmat yang disediakan koperasi mereka yang mampu menjana pendapatan koperasi itu,” katanya.

Sementara itu Abdul Fattah berkata, Angkasa telah dilantik sebagai wakil pungutan zakat di setiap negeri di seluruh negara, selain menyediakan khidmat nasihat atau kiraan bagi pengeluaran zakat oleh syarikat-syarikat perniagaan atau orang perseorangan yang ingin mengeluarkan zakat.

Pada majlis itu Abdul Fattah turut menyampaikan zakat perniagaan Angkasa bagi tahun 2013 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) bernilai RM66,689.

Jumlah keseluruhan zakat perniagaan yang dikeluarkan Angkasa tahun lepas berjumlah RM1.5 juta manakala bagi 2012 sebanyak RM1.2 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram