kirthiga

PM Lulus RM78 Juta Bangunkan Semula Pasar Payang

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan peruntukan berjumlah RM78 juta bagi kos pembangunan semula Kompleks Pasar Besar Kedai Payang. Projek itu merangkumi pembinaan Pasar Payang 2, meroboh dan membina baru Pasar Payang 1, satu set escalator di Pasar Payang 1, menara jam, tempat letak kereta, skybridge serta membina kemudahan surau yang baharu. Najib berkata, projek …

PM Lulus RM78 Juta Bangunkan Semula Pasar Payang Read More »

YPPM Sambut Baik Peruntukan RM2.5 Juta

Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) menyambut baik keprihatinan kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi membantu institusi pondok di negara ini. Peruntukan itu diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapan perasmian penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini. Pengerusi Eksekutif YPPM, Dato’ Dr. Mashitah …

YPPM Sambut Baik Peruntukan RM2.5 Juta Read More »

RM2.5 Juta Perkasa Sekolah Pondok – Najib Razak

Kerajaan Pusat hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) untuk memperkasakan lagi institusi pondok di negara ini. Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500 ribu diperuntukkan untuk Tabung Kasih Perdana Menteri. “Saya bersetuju mewujudkan Tabung Kasih Perdana Menteri bagi menyalurkan bantuan …

RM2.5 Juta Perkasa Sekolah Pondok – Najib Razak Read More »

Pecat JKKK Bawah Aturan Transformasi Politik

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini akan ditamatkan perkhidmatan serta merta sekiranya didapati gagal memenuhi Indek Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan. Tindakan itu termaktub di bawah transformasi politik menerusi konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata  golongan itu juga akan dinilai dan dipantau dari masa ke semasa …

Pecat JKKK Bawah Aturan Transformasi Politik Read More »

Lulus RM1.39 Juta Untuk Empat Projek Utama Di Kuala Berang

Kerajaan negeri meluluskan RM1.39 juta untuk projek pembangunan di DUN Kuala Berang yang melibatkan empat projek utama Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata sebanyak RM1.1 juta bagi membina masjid baru di Kampung Pasir Tinggi, RM200,000 pula sebagai tambahan membina pusat hemodialisis dan fisioterapi “Selain itu,sebanyak RM50,000 bagi membina gym yang serba lengkap dan RM40,000 …

Lulus RM1.39 Juta Untuk Empat Projek Utama Di Kuala Berang Read More »

Masyarakat Disaran Hidup Bersatu Padu

Orang ramai khususnya rakyat di Terengganu sewajarnya mengamalkan budaya semangat bersatu padu dalam kehidupan bermasyarakat. Isteri Menteri Besar, Halina Zakaria berkata, pada masa sama, perlu bersyukur kerana dapat hidup aman damai berbanding negara lain. Katanya, negara kita mampu membangunkan sektor-sektor sosial ekonomi sehingga kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia di samping membolehkan kita menyempurnakan amal ibadat …

Masyarakat Disaran Hidup Bersatu Padu Read More »

Transformasi Tanah Kosong Untuk Ekonomi Golongan Belia

Pegawai daerah di setiap kawasan diminta untuk mengenal pasti tanah yang belum dibangunkan bagi mentransformasikan tempat tersebut. Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata melalui transformasi yang akan dilakukan itu ia akan membuka lebih banyak ruang kepada belia di satu-satu kawasan. Beliau berkata, apabila kawasan baru di kenal pasti, diharapkan ia akan digunakan secara optimum. …

Transformasi Tanah Kosong Untuk Ekonomi Golongan Belia Read More »

Perutusan Menteri Besar Terengganu Sempena Hari Guru 2016

Sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam para guru. Ia disuburkan hasil perit jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik-bilik darjah dan padang-padang permainan. Sebuah negara yang maju dan sebuah tamadun yang hebat tidak mungkin terbina tanpa insan yang bergelar guru. Para gurulah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan, membolehkan penerokaan khazanah minda, seterusnya mengoptimumkan …

Perutusan Menteri Besar Terengganu Sempena Hari Guru 2016 Read More »

Lawatan Kerja Sehari PM Ke Terengganu 23 Mei Ini

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadual bakal mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 23 Mei ini. Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Najib dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan memulakan lawatan kerjanya dengan meninjau Pasar Besar Kedai Payang serta menemui peniaga di situ. …

Lawatan Kerja Sehari PM Ke Terengganu 23 Mei Ini Read More »

Pesta ‘Ngambat Ikan’ Masuk Kalendar Pelancongan Terengganu

Menjadi kelaziman bagi penduduk Kampung Pengkalan Merbau, Setiu mengadakan aktiviti mengerau ikan sungai atau dikenali masyarakat Terengganu sebagai ‘mengambat’ ikan setiap kali tiba musim kemarau. Tradisi turun temurun sejak 100 tahun lalu,  masih kekal ke hari ini apabila lebih 50 penduduk bersama-sama kakitangan kerajaan dan swasta turun ke Sungai Nerus untuk  mengambat ikan. Untuk memulakan …

Pesta ‘Ngambat Ikan’ Masuk Kalendar Pelancongan Terengganu Read More »