Bilik Al-Irsyad Bantu Kakitangan Awam Bermasalah

By Anita

 

 

 

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) menubuhkan Bilik Al-Irsyad sebagai saluran tepat Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) negeri ini memainkan peranan membantu kakitangan bermasalah berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing.

AKRAB  diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan yang membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda berkata, bilik berkenaan telah memulakan operasi awal Januari lalu dengan kekuatan seramai 50 orang ahli AKRAB yang terdiri daripada pegawai tadbir negeri dan penolong pegawai tadbir negeri termasuk pegawai psikologi.

“Sesi kaunseling yang dilaksanakan termasuk sesi kaunseling individu, kelompok dan juga perbincangan yang terlibat dengan program-program AKRAB dan klien pula yang dirujuk pejabat masing-masing atau yang datang sendiri secara ‘walk-in’,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas merasmikan Bilik Al-Irsyad di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, sehingga Mac lalu, seramai 34 kakitangan telah mengunakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan di bilik berkenaan.

Menurut Osman, dengan adanya perkidmatan kaunseling dan bimbingan yang dikendalikan pegawai-pegawai bertauliah di bilik tersebut, diharap masalah displin yang melibatkan kakitangan awam di negeri ini dapat dikurangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram