Category: NASIONAL

SST Hanya Naik Sekali Sejak 1972, GST Tidak Mungkin Naik Mendadak

Kementerian Kewangan menjangka kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak mungkin meningkat mendadak berdasarkan trend cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang hanya naik sekali sejak dilaksanakan pada 1972. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata sebarang kenaikan GST pada masa akan datang juga perlu terlebih dahulu dibahas dan diluluskan di Parlimen. Beliau berkata statistik daripada […]

Read More
MH370: Pegang Kepada Maklumat Yang Disampaikan Kerajaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom  menasihati rakyat negara ini berpegang kepada maklumat yang disampaikan oleh pihak kerajaan berhubung insiden membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. “Rakyat perlu mengiktiraf dan menghormati kenyataan rasmi yang dikeluarkan kerajaan mengenai insiden ini dan jangan terlalu mudah percaya kepada […]

Read More
Kementerian Pendidikan Teliti Kes Shalwati

Kementerian Pendidikan Malaysia akan meneliti sebaik mungkin kes Shalwati Norshal yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden, semalam selain memberi jaminan tidak akan sewenang-wenangnya mengenakan hukuman berat. Shalwati yang juga seorang guru bercuti tanpa gaji ditahan reman bersama suami Azizul Raheem Awalludin, sejak 18 Dis tahun lepas, kerana didakwa memukul tangan seorang […]

Read More
Tempoh Peralihan Monsun Dijangka Bermula 29 Mei

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara ini akan melalui tempoh peralihan monsun bermula 29 Mac sehingga awal Mei depan. Menurut kenyataan MetMalaysia, fenomena ribut petir dan hujan lebat diramal lebih kerap berlaku dalam tempoh peralihan itu terutama di kawasan sekitar negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dan pedalaman Kelantan, Terengganu serta Pahang. Fenomena seumpama ini biasanya […]

Read More
Puspakom Perluas Khidmat PMI ke Terengganu

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan memperluas Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak Primer (PMI) di Terengganu mulai 1 April ini bagi memudahkan pelanggannya mendapatkan perkhidmatan berkenaan. Selain Terengganu, khidmat itu turut diperluaskan ke Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan. Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, perkhidmatan itu bertujuan menjimatkan masa serta memudahkan pemilik kenderaan berurusan bagi […]

Read More
Ali Mamak Meninggal Dunia Kerana Leukemia

Pelawak dan penyanyi veteran, Datuk Ali Mamak meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 4.20 pagi ini akibat penyakit leukemia. Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya. Selain melawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang […]

Read More
Angin Kencang, Laut Bergelora Sehingga Esok

Angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak sehingga esok. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, kawasan yang terlibat di Sabah ialah pantai barat, Kudat dan Sandakan manakala di Sarawak membabitkan kawasan perairan Miri, Mukah, Rejang dan Bintulu. Keadaan sama juga dijangka berlaku […]

Read More
Tekun Lulus Pinjaman RM2.98 Bilion Sejak 1994

Sebanyak RM2.98 bilion pinjaman telah diluluskan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional sejak 1994, persidangan Dewan Rakyat diberitahu. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, jumlah berkenaan melibatkan 287,755 peminjam yang terdiri daripada usahawan kecil. “Daripada jumlah peminjam berkenaan, 61 peratus atau 172,957 orang merupakan usahawan belia yang membabitkan […]

Read More
Malaysia Alami Fenomena Ekuinoks 29 Mac , 15 September

Fenomena ekuinoks yang dijadual berlaku di Malaysia pada 29 Mac dan 15 Sept in tidak membawa kepada perubahan suhu yang mendadak di negara ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail. “Mungkin ada peningkatan suhu sebanyak satu atau dua darjah celsius pada hari berlakunya ekuinoks, namun ini masih normal dan tidak memberi kesan […]

Read More
Kualiti Udara Di Seluruh Negara Semakin Pulih

Kualiti udara di seluruh negara semakin pulih dan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 pagi ini. Menurut senarai bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 11 kawasan mencatat IPU sederhana baik manakala 41 kawasan mencatat bacaan baik. Kawasan mencatat bacaan sederhana antaranya Muar (57), Kangar (53), Kuala Selangor (60) […]

Read More

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram