Sekolah berpusat tingkatan enam atau lebih dikenali Pusat Tingkatan Enam (PTE) Mod 1 yang akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Berang dijangka akan beroperasi pada April ini. Pengerusi Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerajaan membelanjakan lebih RM20juta bagi mewujudkan sekolah berpusat Mod 1 tersebut yang hanya akan menempatkan […]