Desa Murni Sasar Jualan RM48 Juta

By kirthiga

Desa Murni Batik Sdn. Bhd., pengeluar dan pengedar batik sutera digital milik bumiputera tempatan menyasarkan jualan sebanyak RM48 juta tahun ini iaitu peningkatan RM10 juta berbanding tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Mohd Suhaimi Embong berkata, Desa Murni yakin dapat mencapai sasaran itu susulan pembukaan dua cawangan baharu di Gong Kapas, Kuala Terengganu dan Dungun yang mula beroperasi sejak Julai tahun lalu.

“Permintaan juga semakin bagus kerana semakin ramai pelanggan wanita menggemari fesyen batik digital keluaran Desa Murni kerana rekaannya yang eksklusif.

“Malah, penggunaan mesin berteknologi tinggi juga membolehkan kami menampung permintaan tanpa sebarang masalah dan pada masa sama memastikan kualiti produk yang dikeluarkan berada pada tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikan kepada media semasa lawatan kerja Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu, YB. Roslee Daud, baru-baru ini.

Desa Murni kini mempunyai enam cawangan di Terengganu iaitu di Batu Enam, Pengadang Baru, Pulau Rusa dan Gong Kapas di Kuala Terengganu serta Kuala Berang di Hulu Terengganu dan Dungun.

Mohd Suhaimi berkata, syarikat juga mempunyai cawangan di Kota Bharu, Kelantan, Kuala Lumpur, Shah Alam di Selangor dan Temerloh, Pahang.

Selain itu, Desa Murni turut memperuntukkan RM1 juta untuk tujuan pemasaran serta menaja pasukan bola sepak T-Team dan Kejohanan Bola Sepak Bawah 18 tahun dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

“Kami percaya melalui promosi berkesan, jualan akan dapat digandakan,” katanya yang dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, tahun lepas.

Beliau berkata Desa Murni yang memperkenalkan rekaan terbaharu setiap bulan, menggunakan kepakaran dari pereka fesyen di Itali dan mendapat khidmat nasihat dari segi teknikal berkaitan penggunaan fabrik, warna dan rekaan dari tenaga pakar di Switzerland.

Selain mengeluarkan batik sutera digital untuk baju kurung dan kebaya pada harga antara RM280 dan RM380, Desa Murni juga menawarkan tudung eksklusif.

Katanya, syarikat itu mempunyai 300 kakitangan termasuk 23 pereka fesyen lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Universiti Lim Kok Wing dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Desa Murni mula beroperasi pada 1974 dengan memproses batik secara tradisional sebelum menggunakan mesin berteknologi tinggi yang berupaya menghasilkan 2,000 helai batik sebulan di kilang di Pulau Rusa, Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram