FGV Bayar Dividen Akhir RM73 Juta, Duit Raya Peneroka Felda RM30 Juta

By kirthiga

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Berhad (FGV) berjumlah RM72.9 juta kepada 112,635 peneroka Felda diseluruh negara.

Perdana Menteri berkata, pembayaran dividen itu membolehkan setiap peneroka menerima imbuhan RM647.78 seorang membabitkan jumlah 10 sen sesaham akan dibayar menerusi Tabung Amanah bermula 11Julai ini.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan pemberian duit raya kepada setiap peneroka Felda sebanyak RM300 dengan jumlah keseluruhan bernilai RM30.5 juta.

“Daripada hasil pembayaran dividen RM647.78 dan pemberian duit raya RM300 seorang, jadi setiap peneroka akan mendapat RM947.78,” katanya ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Negeri Terengganu dan Rahmat Ramadan Felda Kebangsaan 2014 di Kompleks Ibu Pejabat Felda Wilayah Terengganu di Tepuh, Kuala Terengganu petang tadi.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria; Menteri Pendidikan II,Dato’ Seri Idris Jusoh; Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Penasihat Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.

Pada majlis itu, Perdana Menteri juga merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Felda Wilayah Terengganu yang baharu.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan penyerahan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan Felda berjumlah RM22.02 juta kepada 14 pusat zakat di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima penyerahan berjumlah RM931,875.

Menurut Najib, Kumpulan Felda turut memberikan sumbangan amal dan saguhati kepada masjid-masjid Felda melibatkan peruntukan RM927,500.

 

Perdana Menteri berkata, insentif daripada dividen dan pemberian duit raya membuktikan ketelusan kerajaan untuk memastikan rakyat didahulukan sekali gus menepis tohmahan pembangkang kononnya Felda mengalami kerugian dan muflis.

“Kepada orang yang gemar melempar dakyah kepada Felda, kita tidak gusar kalau ada orang kata kita tak buat kerja kerana kita buat kerja macam biasa.

“Bila sampai waktu beri dividen kita beri, bila tiba waktu bagi duit raya, kita beri kepada semua peneroka. Kita tidak boleh tutup kebenaran dan inilah bukti kejayaan bagi menepis dakwaan tak masuk akal Felda bankrup,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan insentif berjumlah RM200,000 kepada penjelajah Kelab Ekspedisi Tujuh Benua (KE7B) Felda Greenland yang telah berjaya menamatkan misi mereka membabitkan jarak perjalanan sejauh 540 kilometer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram