GLC Dan Swasta Digalakkan Bantu Dalam Pendidikan

By kirthiga

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta swasta digalakkan untuk membantu kerajaan negeri menyumbang dalam pendidikan di Terengganu supaya dapat dinobatkan sebagai nombor satu dalam bidang itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata berikutan keadaan kewangan sekarang yang tidak stabil akibat penurunan harga minyak, transformasi perlu dilakukan bagi mencari dana dan pihak-pihak tertentu tidak hanya boleh bergantung kepada kerajaan sahaja.

“Jika pada tahun lepas, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menerima peruntukan sebanyak RM11 juta namun pada tahun ini kita hanya menerima RM5 juta sahaja.

“Disebabkan itu, bantuan dari luar diperlukan seperti pihak alumni sekolah serta pihak GLC dan swasta bagi terus menjadikan Terengganu di kedudukan teratas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Alumni Sekolah Kebangsaan Chukai di Chukai, Kemaman, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Rosman Roslan dan Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Husin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram