Harga Batik Lebih Murah Di KUT

By kirthiga

Kota Batik yang menghimpunkan 18 pengusaha batik di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) menawarkan harga yang lebih murah berbanding lokasi lain di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan dan Koperasi negeri, YB. Roslee Daud berkata, pengusaha yang mengisi ruang di kota itu merupakan pemilik kilang pembuatan batik tempatan.

“Kota Batik dijenamakan dengan konsep ‘factory outlet’ dengan harga produk batik yang lebih murah, harga sekitar 20 peratus lebih murah berbanding tempat lain,” katanya.

Roslee berkata demikian selepas merasmikan Karnival Jualan sempena pembukaan KUT selama tujuh hari bermula semalam di Kubang Jela, Manir, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Pembangunan Terengganu (YPU), Dato’ Sabri Mohd Noor; ADUN Jabi, YB. Mohd. Iskandar Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Wan Mohd Rubi Wan Jusoh; Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail dan Pegawai Khas Menteri Besar, Dato’ Abdul Rahin Mohd. Said.

Sementara itu, Roslee memberitahu, KUT yang mempunyai 77 unit lot niaga mula dibina pada Oktober 2008 dengan kos RM21.35 juta.

Katanya, selain Kota Batik, kompleks tiga tingkat itu turut dilengkapi Pasar ICT yang menempatkan pengusaha produk ICT, restoran Al-Bakri T’Cafe, kedai serbaneka T-Shoppe, galeri tekstil dan produk Industri Kecil dan Serdehana (IKS).

“Sehingga kini, 60 lot telah disewa dan berbaki 17 lot yang boleh disewa oleh orang ramai mengikut kesesuaian jenis perniagaan.

“InsyaAllah pada bulan depan, pelbagai jenis perniagaan akan dibuka termasuklah sebuah pasaraya, butik tudung dan jahitan, kedai buku, medan selera dan pusat latihan,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram