Hayati Teringin Jumpa Ayah Ibu

By kirthiga

“Sejak kecil lagi, saya cukup teringin memeluk dan menemui Ayah ibu, perasaan itu bertambah setiap kali menjelang Ramadan dan Aidilfitri.

“Saya tidak pernah mengenali kedua insan tersayang itu, kerana sejak kecil dibesarkan penjaga Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, Johor sehingga berusia tujuh tahun sebelum berpindah ke Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi (RTHDH), Seberang Takir, Kuala Terengganu,” kata Hayati Abdullah, 17.

Hayati antara 44 anak yatim dan penduduk miskin dirai TH Hotel & Convention Centre pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim di hotel itu, petang semalam.

Katanya, dia berasa bertuah kerana diberi ruang tinggal di rumah kebajikan, semua perkara dijaga dan mencukupi, selain mempunyai rakan sebaya yang memahami.

“Setiap kali Ramadan pasti ramai pihak mempelawa kami berbuka puasa di mana-mana hotel dan restoran di samping menghulurkan pakaian baru dan duit raya,” katanya yang belajar di Sekolah Menengah Ibrahim Fikri.

Kanak-kanak lain, Ahmad Sauki Abdullah, 12, berkata dia seronok tinggal di RTHDH bukan saja mempunyai ramai kawan malah dapat mengikuti pelbagai program istimewa termasuk lawatan sambil belajar dan berbuka puasa di hotel.

“Saya tidak pernah merasainya sebelum ini, kerana keluarga kami orang susah dan tidak mampu berbuat demikian,” katanya yang berasal dari Kampung Tanjung, Kuala Terengganu.

Seorang lagi penghuni, Muhammad Rafi Hafizi Rosman, berkata bulan paling suka, bulan Ramadan kerana dapat rasa makanan sedap-sedap di hotel dan restoran.

“Kalau saya tidak tinggal di RTHDH, sudah tentu tidak merasai suasana ini, kerana ibu tidak mampu membawa saya dan adik beradik berbuka di tempat mahal,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram