Hoki Bersedia Lebih Awal Ke Sukma 2016

By Anita

Persatuan Hoki Terengganu (PHT) bersedia lebih awal untuk Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Sarawak apabila memulakan pencarian bakat muda bermula minggu ini kata Setiausahanya Sabri Salleh.

“Kita akan mulakan pencarian pemain hoki muda selama seminggu dibawah kendalian bekas jurulatih hoki kebangsaan Sarjit Singh di Stadium Hoki Batu Buruk iaitu dua sesi, pukul 7 hingga 9 pagi dan 5 hingga 7 petang, sejak  Selasa lalu.

Kita akan memilih seramai 30 orang pemain buat masa ini dan mereka yang berminat bolehlah datang menjalani ujian,” katanya.

Sabri berkata meskipun Sukma Perlis 2014 baru saja berakhir, pihaknya mahu segera memulakan pencarian bakat baru agar tidak tergesa-gesa di kemudian hari.

Katanya,  PHT memilih pemain Sukma lebih awal adalah supaya pihak pengurusan dan kejurulatihan mudah merangka program bersesuaian termasuk mendedahkan pemain pada mana-mana kejohanan yang akan diadakan nanti.

Beliau juga berkata pihaknya terkilan dengan skuad hoki Sukma Terengganu kerana gagal mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukma Pahang 2012 kerana ketiadaan beberapa pemain harapan.

Katanya antara pemain harapan itu termasuklah Fitri Saari dan Muhammad Firhan Ashaari yang mewakili pasukan kebangsaan ke Kejohanan Hoki Piala Dunia di Belanda.

“Kita (Terengganu) cuma berjaya memperolehi pingat gangsa sahaja dalam temasya Sukma Perlis kali ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram