Hotel Tabung Haji Laksana Tanggungjawab Sosial

By kirthiga

Sempena bulan Ramadan yang penuh berkat, Tabung Haji Hotel & Convention Centre (Hotel TH) Terengganu tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat khususnya golongan yang kurang bernasib baik dan penduduk setempat.

Pengurus Besarnya, Engku Morris Engku Hussin berkata, pihaknya mengambil kesempatan di bulan mulia ini dengan  menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pengagihan bubur lambuk secara percuma.

“Bagi meneruskan kesinambungan tahun lalu, kita menjemput 26 orang anak yatim dari Rumah Darul Hilmi dan 46 orang dari kampung-kampung sekitar hotel ini.

“Ini adalah salah satu program yang dilakukan dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim di hotel tersebut,semalam.

Dalam pada itu katanya, bagi mengeratkan hubungan dengan orang ramai dan penduduk sekitar, pihak Hotel TH turut membuat pengagihan bubur lambuk secara percuma bermula 29 Jun lalu.

“Pengagihan bubur lambuk secara percuma ini akan diadakan setiap hari bermula jam 4.30 petang sepanjang sebulan Ramadan,” ujarnya.

Katanya, Hotel TH turut menawarkan hidangan istimewa sempena Ramadan dengan menyediakan hidangan kibas dan seratus jenis masakan dari Timur Tengah dan tempatan.

“Harga buffet Ramadan yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu RM65 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak dan lebih menarik lagi setiap pembelian buffet Ramadan, RM1 daripada bayaran akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan dan anak yatim sekitar kawasan ini,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram