Hotel Tabung Haji Semarakkan Piala Dunia 2014

By kirthiga

Demam Piala Dunia FIFA ke-20 yang sedang melanda di seluruh pelusuk dunia memberi jalan kepada  Hotel Tabung Haji untuk menghangatkan kejohanan yang bakal bermula pad 13 Jun nanti, dengan memberi peluang kepada orang ramai menonton perlawanan sambil menjamu selera di hotel.

Inisiatif itu mendapat sokongan baik Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, apatah lagi sebagai platform menggalakkan kedatangan pelawat dalam dan luar negara ke Terengganu serta Malaysia amnya.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelanongan Malaysia Negeri Terengganu,  Mohd Sabri Zakaria berkata pihaknya memandang inisiatif yang dilakukan oleh Tabung Haji (TH) & Convention Centre Terengganu sangat bertepatan bagi menjana dan menyambut kedatangan pelancong sempena tahun ‘Melawat Malaysia’ 2014.

“Aktiviti ini dijangka bakal memberi impak baru dalam mewarnai industri  pelancongan negeri dan merupakan satu pendekatan baru yang effektif bagi memikat pengunjung tempatan dan luar Terengganu.

“Sokongan hotel dengan membuka ruang serta peluang kepada tetamu untuk menonton 64 perlawanan secara langsung dengan skrin gergasi diruang hotel selesa sambil menjamu selera.

“Kami mengalu-alukan hotel di Terenggnau supaya lebih proaktif untuk mengambil kesempatan dan peluang bagi memanfaatkan kejohanan ke 20 FIFA World Cup dengan mengadakan aktiviti yang seumpama ini,” katanya.

Mohd Sabri berkata TH hotel kreatif dalam menyemarakkan piala dunia dan pada masa sama bakal menjana pendapatan lebih hasil kunjungan dari tetamu yang mungkin bersahur sambil menonton perlawanan pilihan mereka.

Beliau juga berkeyakinan TH hotel bakal menjadi tumpuan berikutan aktiviti menarik yang mereka tampilkan kali ini,” katanya kepada media selepas melakukan perasmian majlis Promosi Rio Riuh Rendah TH hotel sempena kejohanan Piala Dunia 2014.

Mohd Sabri kemudiannya membuat sepak mula di Menanti Lounge sambil disaksikan oleh Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Terengganu Mokhzani Mokhtar dan  Pengurus Besar TH Hotel & Convention Centre Terengganu, Engku Morris Engku Hussin.

“Ketrampilan program dengan kedudukan TH hotel yang amat strategic berada di tepi jalan menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, aktiviti yang dilakukan di tempat terbuka tidak boleh tidak bakal meletup apatah lagi ianya berlaku di bulan Ramadan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar TH hotel & Convention Centre Engku Morris Engku Hussin berkata, sehingga semalam terdapat 20 tempahan dari orang ramai yang mahu turut serta memeriahkan perlawanan pertama pada 13 Jun, perlawanan antara Brazil dan Croatia.

“Kami turut menawarkan harga bilik serendah RM20 untuk lima pelanggan pertama yang membuat booking untuk mendaftar masuk pada 12 Jun,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram