iHeal Bangunkan Sistem Penjagaan Kesihatan Di Timor Leste

By Anita

Kay Rala Xanana Gusmao dan Dato’ Seri Ahmad Said menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Kementerian Kesihatan Timor Leste dan Pusat Perubatan iHeal di Megamall City, Kuala Lumpur, petang semalam. Foto oleh Harish Fadzillah.

iHeal Medical Service Sdn. Bhd. menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Timor Leste untuk membangunkan sistem penjagaan kesihatan yang canggih di republik itu.

Pengarah Kesihatan iHeal, Dr. David Khoo Sin Keat berkata, MoU itu bertujuan memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, cekap dan telus kepada rakyat Timor Leste.

iHeal merupakan projek usahasama Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu yang menguasai 60 peratus kepentingan saham.

Ia dibangunkan bersama iHeal Medical Centre Sdn. Bhd., Biomedical Technologies Sdn. Bhd. dan pengasasnya Dr. David Khoo Sin Keat dengan modal RM28 juta.

Pusat perubatan itu terletak di Megamall City mula beroperasi pada Jun 2010 dengan menampilkan persekitaran privasi dan ekslusif dalam penjagaan kesihatan.

Dr. Khoo berkata, iHeal mendapat kepercayaan untuk mendirikan dan mengendalikan klinik jantung dan buah pinggang di Hospital Guido Valadares, Dili pada tahun ini.

“Kami berasa bangga untuk mewakili negara membangunkan sistem penjagaan kesihatan di Timor Leste.

“Ia adalah peluang yang jarang berlaku tetapi ia adalah peluang yang sangat baik untuk berkongsi visi dengan Kerajaan Timor Leste,” katanya kepada media selepas menandatangani MoU itu antara Kementerian Kesihatan Timor Leste dan Pusat Perubatan iHeal di Megamall City, Kuala Lumpur, petang semalam.

Kementerian Kesihatan Timor Leste diwakili Menteri Kesihatannya, Dr. Sergio Lobo.

Majlis bersejarah itu disaksikan Perdana Menteri Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmao dan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Gusmao dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya dan Timbalan Menteri Luar, Dato’ Abdul Rahman Bakri.

Langkah itu merupakan perkongsian kepakaran kali kedua iHeal di luar Malaysia. Pada Oktober 2012, iHeal menandatangi perjanjian perpindahan pesakit dengan Rumah Sakit Charitas di Palembang, Indonesia bagi perkhidmatan jantung.

Tambah Dr. Khoo, iHeal telah melaksanakan lebih 300 prosedur jantung dan 126 daripadanya adalah pembedahan jantung.

Pusat perubatan itu turut menerima lebih 20,000 pesakit termasuk dari luar negara seperti Indonesia, Amerika Syarikat, China, Jepun, Taiwan, Asia Barat, Somalia, Australia, Afrika Selatan dan Eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram