Institusi Fatwa Negara Jadi Rujukan Utama – Dr Zulkifli

By kirthiga

Mufti Wilayah Persekutuan yang baharu Dr Zulkifli Mohamad berharap institusi kefatwaan di negara ini akan terus menjadi rujukan utama masyarakat Islam.

Untuk itu, institusi berkenaan perlu terus diperkukuh dan sehubungan itu beliau berharap rakan-rakan ulama dari seluruh negara akan membantu dalam mengemukakan idea dan pendapat dalam segala permaslahan Islam dan hukum syarak.

“Ini merupakan amanah yang cukup besar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Mufti Wilayah Persekutuan dan Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Bagi Sesi 2014-2016.

Majlis itu disempurnakan di sini hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Zulkifli, 45, memulakan tugasnya sejak 17 Jun lalu, menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang tamat tempoh perkhidmatan.

Dilahirkan di Gong Pauh, Kemaman, Terengganu, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah.

Beliau kemudian menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah, Syria sebelum ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Sains Malaysia (USM) juga dalam bidang Syariah, pengkhususan fatwa.

Zulkifli adalah juga ahli Majlis Fatwa Negeri Terengganu; Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); dan Panel Kajian Syariah Jakim.

Beliau banyak menghasilkan penulisan serta penterjemahan, malah aktif membentangkan kertas kerja termasuk di peringkat antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram