Katanya, mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di setiap Pejabat Penerangan Daerah dan tarikh tutup penyertaan pada 10 Mei ini.
Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Teregganu mempelawa orang ramai menyertai Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat negeri yang akan diadakan Julai depan.
Pengarah JaPen Terengganu, Nasrudin Mahmud berkata, mereka yang ingin menyertai pertandingan perlu menubuhkan kumpulan yang dianggotai dua hingga tiga orang yang berumur antara 18 hingga 45 tahun dan warganegara Malaysia.
Katanya, acara tahunan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM8,000 dengan juara bakal menerima RM3,000, kedua (RM2,000) dan tiga hadiah saguhati RM1,000 setiap kumpulan.
“Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia ini berkonsepkan penceritaan dan sketsa secara berkumpulan mengenai kenegaraan seperti sejarah negara, pahlawan yang menentang penjajahan dan perjuangan tokoh negara terdahulu.
“Pertandingan tersebut bertujuan menggalakkan masyarakat menyampaikan pendapat dan pandangan mereka mengenai peristiwa bersejarah negara,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, pertandingan sebegini merupakan usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan bagi proses pembinaan negara dan jati diri bangsa selain dapat memupuk semangat integrasi nasional antara kaum, budaya dan agama melalui rentetan sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu.
Katanya, mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di setiap Pejabat Penerangan Daerah dan tarikh tutup penyertaan pada 10 Mei ini.