Kaunter Bergerak MBKT Di Batu Rakit Mei Ini

By kirthiga

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan perkhidmatan Kaunter Bergerak (Cukai Taksiran) di Batu Rakit Mei ini.

Pengarah Jabatan Korporat, Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT, Nur Kamilah Hamzah berkata, mereka yang ingin berurusan dengan pihak berkuasa tempatan itu termasuk menyelesaikan masalah kemusykilan cukai pintu, semakan bil dan pertanyaan, bayaran bil serta khidmat nasihat boleh hadir ke lokasi berikut.

“Perkhidmatan kaunter bergerak MBKT akan beroperasi di Hadapan Restoran As-Syakirin Kampung Gong Datuk pada 3 dan 7 Mei.

“Dewan Sivik Padang Nenas (10 dan 14 Mei), kawasan Pasar Wakaf Tengah (17 dan 24 Mei) dan akan berada di hadapan Balai Polis Padang Nenas pada 28 dan 31 Mei,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, sepanjang Mei ini MBKT mengadakan hari bersama pelanggan dan perkhidmatan kaunter bergerak di lokasi tersebut setiap Selasa dan Sabtu bermula 9 pagi sehingga 3 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram