KDNHEP Terengganu Rampas RM97,000 Barang Tiruan

By [email protected] Mohd Irsyadi Abu Bakar
Shaharuddin menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas.

KUALA TERENGGANU, 14 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu merampas pelbagai barangan tiruan berjenama bernilai lebih RM97,000, semalam.

Pengarah KPDNHEP Negeri Saharuddin Mohd Kia memaklumkan, dalam serbuan dikenali sebagai Operasi Barang Tiruan kira-kira 12.30 tengahari semalam, pihaknya berjaya menahan dua suspek lelaki berumur 30 an dan empat suspek wanita berumur 20 secara serentak di tiga premis di Kuala Terengganu dan Marang bagi membantu siasatan.

"Hasil risikan awal selama sebulan, kami mendapati dua premis menjalankan operasi perniagaan secara dalam talian sementara satu premis lagi menjalankan perniagaan di premis.

"Dalam serbuan tersebut, semua barangan berada dalam stor premis. Kesemua 821 unit kasut, 3,120 unit stokin, 46 unit tali pinggang, 6 unit dompet, 6 helai baju, 5 unit selipar dan 1 unit beg tangan wanita yang berjenama Nike, Adidas, Puma, Gucci, Louis Vuitton dan Levis telah disita.

"Setakat tiga operasi untuk tahun ini di bawah Akta Cap Dagang 2019, ini merupakan rampasan terbesar yang diperolehi," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Stor Eksibit Chendering, hari ini.

Jelasnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagang 2019 dan jika sabit kesalahan, denda maksimum 10 ribu ringgit boleh dikenakan terhadap kesemua suspek bagi setiap barangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram