Kerajaan Negeri Sedia Buka Penempatan Untuk Bekas Penagih

By Anita

Kerajaan negeri bersedia menyediakan satu kawasan penempatan berkonsepkan Felda untuk bekas penagih di negeri ini bagi memberi mereka peluang kedua untuk berubah.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, secara tidak langsung ianya membuka peluang pekerjaan kepada  golongan ini dan dapat menjadikan mereka mampu berdikari sekali gus meningkatkan taraf hidup dan ekonomi.

Katanya, langkah tersebut perlu kerana rata-rata bekas penagih yang telah insaf dan ingin berubah tidak mendapat sokongan masyarakat dan sentiasa dipandang serong menyebabkan mereka terjebak semula dengan aktiviti penagihan dadah.

“Kita perlu buat sesuatu dalam proses membantu mereka berdikari. Mungkin ini satu langkah tepat memandangkan kos terpaksa kerajaan keluarkan untuk pemulihan mereka sangat tinggi.

“Kita buat transformasi dimana kerajaan membantu mereka menjana pendapatan dengan menyediakan satu penempatan yang membolehkan bekas penagih ini menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan dan sebagainya disamping menerapkan aktiviti kerohanian dan keagamaan kepada mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah Jawatankuasa Pemandu Membanteras Dadah di Hotel Permai, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, A.Latiff Awang dan Pengarah AADK Terengganu, Rahayu Ahmad.

Menurut Ahmad Razif, mungkin salah satu daripada pulau-pulau di kawasan Tasik Kenyir sesuai untuk dijadikan projek perintis kepada usaha berkenaan.

“Kita harap ia mendapat kerjasama dari agensi-agensi berkaitan seperti pihak Felda dan AADK bagi pelaksaan projek penempatan yang diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin,” ujarnya.

Katanya, walaupun bekas penagih yang ditempatkan di situ bebas menjalankan aktiviti seperti peneroka di tanah rancangan Felda, namun mereka tetap akan dipantau oleh AADK bagi memastikan mereka tidak lagi terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram