Kerajaan Negeri Tawar Dr. Zakir Buka Cawangan IRF Di Terengganu

By Anita

Kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan pendakwah antarabangsa Dr. Zakir Naik untuk membuka cawangan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, beliau telah memberi tawaran salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir kepada Presiden IRF itu bagi membuka cawangan IRF pertama di Asia Tenggara.

Ahmad Razif berkata, pendakwah terkenal itu menunjukkan minat mengenai tawaran berkenaan dan akan mengadakan perbincangan lanjut bersamanya esok.

“Kerajaan negeri telah memberi tawaran kepada Dr. Zakir Naik untuk menjadikan salah satu pulau di Tasik Kenyir sebagai salah satu lagi cawangan IRF yang dikendalikannya di Mumbai, India.

“Esok saya akan membuat perbincangan khas dengan Dr. Zakir dan saya berharap hasil perbincangan ini akan mendapat satu keputusan yang boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini memandangkan Dr. Zakir mempunyai aura yang cukup besar dalam aktiviti dakwah,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2021
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram