Kualiti Udara Di Seluruh Negara Semakin Pulih

By kirthiga

Kualiti udara di seluruh negara semakin pulih dan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 6 pagi ini.

Menurut senarai bacaan IPU dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), 11 kawasan mencatat IPU sederhana baik manakala 41 kawasan mencatat bacaan baik.

Kawasan mencatat bacaan sederhana antaranya Muar (57), Kangar (53), Kuala Selangor (60) dan Putrajaya (68) sementara kawasan merekodkan bacaan baik ialah Kuala Terengganu (24), Kuching (19), Seri Manjung (21) dan Alor Setar (47).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk ke portal http:apims.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram