Kuih To’ Nyoh Laris

By kirthiga

Kuih to’ nyoh ubi kayu antara puluhan makanan tradisional yang boleh didapati pada Program Beautiful Terengganu di Plaza Angsana, Johor Bahru.

Walaupun namanya agak unik, makanan yang dijual pengusaha dari Kampung Raja, Besut cukup laris, sekurang-kurang 300 hingga 400 paket sehari dibeli pengunjung.

Pengusaha makanan itu, Rohani Mohamad, 56, berkata lebih 1,000 paket dengan anggaran jualan RM3,000 dapat dijual untuk tempoh tiga hari.

Katanya, rata-rata pengunjung, termasuk warga Singapura yang membeli to’ nyoh RM3 sepaket itu, mengakui tidak pernah merasainya sebelum ini. Sekali rasa, pasti mereka akan membeli lebih daripada dua paket.

“Untuk membuat to’ nyoh, cukup mudah perlu sediakan ubi kayu, gula, gula melaka, secubit garam dan kelapa parut.

“Selain to’ nyoh, bengke ubi, asam gumpal, bederang dan pulut nyior turut dijual dengan kadar harga sangat berpatutan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram