Kukuhkan Perpaduan Islam

By kirthiga

Umat Islam perlu memanfaatkan bulan Ramadan sebagai bulan pertautan kasih supaya perpaduan lebih kukuh, kata Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

Berucap di Majlis Berbuka Puasa anjuran UMNO Bahagian Kuala Nerus semalam, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian itu berkata, sebarang permusuhan dan percanggahan pendapat harus diketepikan demi memartabatkan kesucian agama Islam.

Katanya, masyarakat Islam menghadapi tekanan dari pelbagai sudut dan tidak harus ditambah dengan masalah dalaman sesama sendiri disebabkan aliran politik atau fahaman agama berbeza.

“Justeru, bulan Ramadan sangat sesuai untuk umat Islam bermuhasabah diri dan mengukuhkan ukhuwah kerana matlamat kita adalah serupa untuk mendapat keredaan Allah.

“Natijah daripada ukhuwah itu akan membawa kepada keamanan dan perpaduan yang menjadi teras kemajuan negara bangsa yang dapat dinikmati rakyat pelbagai kaum,” katanya di Seberang Takir, semalam.

Hadir sama, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian serta Naib Ketua UMNO Bahagian, Apli Yusof.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram