Lawatan Kerja Sehari MB Ke DUN Bukit Besi

By Anita

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria tiba di Dataran Seri Bangun, Bukit Besi pada pukul 11.30 pagi tadi bagi melakukan lawatan kerja sehari ke DUN Bukit Besi, Dungun.

Ketibaan beliau disambut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, YB. Roslee Daud yang juga ADUN Bukit Besi serta pemimpin setempat.

Turut serta dalam lawatan kerja itu Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dan isteri.

Selepas minum pagi bersama pemimpin masyarakat Parlimen Dungun, Menteri Besar dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri dibawa meninjau projek menanam sayur-sayuran yang diusahakan oleh Koperasi Usahawan Tani Kampung Wa Berhad di Kampung Wa.

Selepas itu, rombongan dibawa melawat projek tanaman Kelapa Matag seluas 70 ekar di Kampung Dendang dan meninjau tapak lot rumah berkelompok generasi baru di Kampung Chemuak, Kuala Jengai.

Ahmad Razif akan bersama-sama penduduk DUN Bukit Besi dalam program jumuan rakyat ‘Kenduri Sekampung’ di Kampung Jongok Batu pada waktu tengah hari.

Pada sebelah petang, Menteri Besar akan melawat Taman Rekreasi Air Terjun Cemerung dan sekali lagi bersama penduduk dalam program jumuan rakyat pada sebelah malamnya di Padang Awam Bukit Besi.

Pada majlis itu, Ahmad Razif akan menyampaikan watikah perlantikan JKKK bagi Daerah Dungun, penyampaian bantuan kurma kepada masjid dan surau serta bantuan kerusi roda.

Pada keesokkan harinya, Menteri Besar akan mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kelab Golf Tasik Puteri Bukit Besi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram