Lawatan Kerja Sehari PM Ke Terengganu 23 Mei Ini

By kirthiga

Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadual bakal mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 23 Mei ini.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Najib dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan memulakan lawatan kerjanya dengan meninjau Pasar Besar Kedai Payang serta menemui peniaga di situ.

“Kita terima peruntukan RM72 juta untuk bina baharu serta menaiktaraf Pasar Payang. Perdana Menteri akan melawat dan melihat model kompleks bangunan baharu Pasar Payang itu nanti,” katanya.

Selepas itu, kira-kira jam 11 pagi  Najib akan merasmikan Ijtimak Pondok di Universiti Malaysia Terengganu sebelum mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Barisan Nasional Negeri di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu pada jam 1 petang.

Kemudiannya, mengadakan majlis tahlil Allahyarham Lans Koperal Ahmad Sobri Haron, pengawal peribadi Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, antara mangsa korban nahas helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak  pada 5 Mei lalu.

Pada 3 petang, beliau dijadual merasmikan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di KTCC Muara utara Hujung Tanjung, Seberang Takir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri akan menyampaikan sijil penyertaan kepada tujuh wakil murid sekolah yang menyertai Program Empower Akademik ECER dan peserta program Empower ECER Seberang Takir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

May 2023
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram