Liwat : Anwar Fail Rayuan

By kirthiga

Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Notis rayuan itu difailkan melalui peguamnya, Ramkarpal Singh di kaunter pendaftaran Mahkamah Rayuan pada pukul 10.30 pagi.

Sementara itu, proses pembayaran jamin sebanyak RM10,000 sedang dilakukan oleh Karpal dan penjamin Ketua Pembangkang itu, Ibrahim Yaacob.

Menurut Karpal, Anwar akan hadir di Mahkamah Rayuan sebelum pukul 1 petang ini kerana menghadiri perasmian sidang Parlimen.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu mengarahkan wang jaminan dibayar sebelum pukul 11 pagi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2022
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram