LTdL 2014 : TSG Pertaruh Pelumba Tempatan

By Anita

Terengganu Cycling Team (TSG) akan membariskan kesemua enam pelumba tempatan bagi menggalas cabaran pasukan itu menjelang perlumbaan berprestij Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2014 yang bermula 27 Februari hingga 8 Mac ini.

Dalam saingan terbaru ini, mereka disasarkan mampu sekurang-kurangnya menjulang kemenangan dalam salah satu peringkat perlumbaan membabitkan jarak keseluruhan 1,495.9 kilometer.

Pelumba yang akan menggalas cabaran TSG di pentas perlumbaan berstatus 2HC (hor category) kali ini diketuai oleh pelumba sensasi, Anuar Manan.

Pelumba lain terdiri daripada Muhammad Adiq Hussaini Othman, Mohd Harris Salleh, Zamri Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin dan Mohammad Saudi Mat Senan. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Rozi Mamat berkata, keyakinan tinggi terhadap keupayaan serta pengalaman yang dimiliki oleh pelumba-pelumba tersebut menjadi faktor utama pemilihan mereka untuk mewakili TSG pada kali ini.

“Keyakinan saya berasaskan kepada prestasi semasa mereka ketika ini yang mampu mencipta rekod tersendiri di dalam dan luar negara sepanjang tahun lalu.

“Sasaran kita, TSG mesti naik podium,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pelumba TSG 2013 di Pantai Batu Burok, baru-baru ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Yang Dipertua DUN Terengganu, Zubir Embong; Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal dan Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Rozali Salleh.

Pada majlis itu, TSG menerima jumlah tajaan bernilai RM824,000 daripada enam syarikat iaitu EPIC Berhad sebanyak RM500,000; Kolej Universiti TATI (RM50,000); Kolej Tesdec Sdn. Bhd.; (RM50,000) serta tajaan produk daripada Moola Bar (RM100,000), Cyclo Motion (RM100,000) dan Proucell (RM24,000).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram