Maggi Ketam Terengganu Antara 52 Sajian Sambutan 50 Tahun FAMA

By kirthiga

Maggi Ketam dari Terengganu antara 52 sajian makanan popular yang akan dijual pada majlis sambutan 50 tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang akan diadakan di Dataran Merdeka selama tiga hari mulai esok.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, program sajian makanan popular itu diadakan untuk mengetengahkan makanan popular di Malaysia, agar ia diterima dan digemari serta mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

Seramai 30 usahawan dipilih menyertai program yang bertemakan “Pemasaran Berkesan Menjamin Kedaulatan Makanan” yang dijangka dapat ditonjolkan sebagai “empayar makanan” untuk mereka yang menyukai kepelbagaian makanan di negara ini, katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pameran di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata selain sajian makanan popular, gerai “kingdom of fruit” yang akan menghimpunkan buah-buahan tempatan seperti durian Musang King, akan turut diadakan.

Beliau menjangkakan seramai 100,000 pengunjung akan menghadiri sambutan itu yang antara lain akan diisi dengan pameran, promosi dan jualan serta penonjolan usahawan muda.

“Sambutan itu akan menjadi tempat golongan berkaitan dengan industri asas tani berhimpun untuk menunjukkan hasil pertanian mereka.

“Golongan yang terlibat dalam pemasaran seperti penjaja, Karavan Tani, peniaga pasar tani yang bertanggungjawab memasarkan produk petani juga akan membina rangkaian perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, pengusaha produk berasaskan pertanian juga mempunyai peluang untuk mempromosi barangan, selain dapat menjalinkan kerjasama dengan pihak lain dalam mengembangkan lagi perniagaan.

Ahmad Shabery berkata sambutan itu juga sebagai cara untuk memberi pengiktirafan kepada para petani serta mereka yang terlibat dalam pemasaran yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram