Maidam Peruntuk RM5 Juta Baiki Rumah Asnaf

By Anita

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM5 juta bagi membaiki rumah fakir miskin di seluruh Terengganu tahun ini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Dato’ Mohd. Rozali Salleh berkata, berbanding hanya RM2 juta diperuntukan pada tahun lalu, ianya telah ditambah dan jumlah peruntukan itu hasil kutipan zakat harta daripada orang ramai.

“Untuk sesi pertama tahun ini, Maidam memperuntukkan RM1.3 juta bagi membaiki 84 buah rumah golongan asnaf dengan melantik 77 kontraktor yang mempunyai lesen kelas F, di mana mereka ini tidak disenarai hitam oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya

“Kontrakor tersebut akan bertanggungjawab membaiki kediaman orang-orang susah yang kemungkinan dinding rumah mereka tidak sempurna atau atap rumah mereka bocor,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Inden Kerja Pembaikan Rumah Asnaf 2014 kepada kontraktor-kontraktor lantikan Maidam, di Dewan Auditorium Maidam, semalam.

Mohd. Rozali berkata, sekiranya kos pembaikan setiap rumah kurang daripada RM10,000, pihak kontraktor akan bertanggungjawab untuk membaiki sekurang-kurangnya dua buah rumah supaya mereka dapat diberi peruntukan lebih daripada RM10,000 seperti yang telah ditetapkan.

Katanya, tempoh selama sebulan diberikan kepada kontraktor untuk menyiapkan kerja-kerja membaiki rumah golongan kurang berkemampuan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Takwim

October 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
naahh

Recent Comments

    Archives

    Categories

    Hiburan

    linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram